aku mempunyai hobi baru. sebetulnya hobi lama yang diperbaharui.
masa matrik dulu setiap bulan aku beli majalah massa, minda dan majalah seumpamanya. mingguan malaysia jarang missed. buku-buku yang aku baca karya napoleon hill, stephen covey, dale carnergie. jarang sekali novel-novel yang takbermutu. sebab masa tu yang ada kat library semuanya novel bagus walaupun tak banyak.
bila masuk UM, aku hanyut dalam segala macam projek kolej sehingga aku jadi orang yang kurang membaca. masa terluang hanya sempat untuk study buku pelajaran. aku mula belaja pegi library masa tahun tiga. masa tu dah kurang sikit segala macam aktiviti yang banyak mencuri masa aku, jadi aku mula meminjam novel-novel sastera yang sangat banyak. nak meminjam buku-buku falsafah dan seumpamanya. aku takut tak terbaca. dan membaca buku-buku yang berat isi kandungannya, mungkin tak membantu.
sekian lama, sehinggalah ke UTHM, aku lebih suka membaca novel. ringan. dan santai. sesetengahnya.
masa praktikal kat HRPZ, petang-petang aku selalu singgah kat kedai buku. aku sempat beli satu buku- yang sekian lama aku cari- Falsafah Hidup karya hamka. aku terdorong untuk cari buku ni setelah baca buku isa kamari, memeluk gerhana. tapi sampai sekarang aku masih tak habiskan. sungguh aku rasa bersalah dengan buku itu.
dan sebelum raya hari tu, aku ke MPH Mid valley sementara menunggu kawan, jumpalah satu buku~ Sophie’s World~ yang sudah diterjemah ke bahasa melayu. aku pernah jumpa buku ni kat Library UM dulu, tapi aku tak pinjam. aku tahu buku ini menarik, tapi aku malas nak baca time tu. harganya boleh tahan, tapi aku beli jugak, takut-takut suatu hari aku akan menyesal sebab tak beli.
bukunya sepenuhnya pasal falsafah, membongkar rahsia-rahsia yang aku tak pernah terfikir, walaupun benda yang sangat ringkas ~ dan berlaku di sekeliling kita. bahasanya mudah, ringkas, dan contohnya jelas (walaupun sampai sekarang aku masih tak faham kenapa kita tahu kuda itu adalah kuda).
Falsafahnya bermula dari asas kejadian, masuk ke zaman gelap, zaman pertengahan dan aku tahu tahu yang seterusnya sebab aku baru sampai ke bab itu. dari buku tu jugak aku kenal ramai tokoh sejarah, tokoh falsafah dari zaman sebelum Socrates lagi.
aku rasa sangat berbaloi laburkan sedikit untuk buku~ sebab nilainya tak terkira.
No Comments »
i just move on to the new stage of my life…
perasaannya sama seperti mula-mula masuk sekolah dulu.. blur teramat.. cuma bezanya dulu kita ada cikgu untuk guide.. ada kawan-kawan yang sama-sama blur dengan kita.. tapi sekarang semuanya mesti independent..
hari ni, 17.07.09, birthday seorang kawan.. aku ingat, tapi malam aku tak wish tepat pukul 12 malam.. sebabnya pukul 10 aku dah collapse.. tetiba pukul 1 lebih, ada call masuk..
so aku wish la.. happy birthday..then dia cakap, my friends semua call i, yang oversea pun call jugak tau, tp yang duk kat PJ, i kena call dulu..
haha.. nasib la..
niat di hati memang ada, tapi berkubur bersama mimpi-mimpi aku.. huhu
weekend ni, usaha mencari rumah perlu diteruskan.. hopefully ada la bilik kosong yang menunggu untuk aku masuk..
No Comments »
andai jalan hidup bercabang-cabang, aku akan ada banyak jalan untuk aku pilih. salah masuk satu cabang, aku boleh keluar untuk mencari jalan lain. andai tersalah pilih arah, masih ada arah lain yang boleh aku ikuti. tapi hidup adalah satu jalan lurus, dan sehala. kalau salah pilih, itulah jua yang akan aku lalui. walau berduri, walau berhalangan, walau melukakan dan terluka. walau pedih, tetap perlu aku tempuhi. walau berdarah, tetap perlu diteruskan.
aku tak pernah berputus asa dengan hidup kerana aku percaya, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya, sehinggalah berlaku sesuatu yang langsung aku tak jangka. sesuatu yang menyebabkan aku berada di penghujung hidup. bukan satu, malah dua, dan lebih parah, bersiri-siri. ketika itu aku rasakan aku mahu mati pada saat itu. rasa tidak percaya kepada diri yang teramat. aku percaya aku penyebab kesusahan untuk semua orang. lama aku alami keparahan itu. aku hanya mampu menangis dan menangis.
setelah mendapat tawaran untuk berhijrah ke tempat lain, aku terus terima. sejak dari saat itu, aku mula menikmati semula kehidupan. meneruskan jejak-jejak yang aku lalui, dengan pandangan berbeza. kehidupan tetap kehidupan yang sama, namun pandangan aku pada kehidupan itu yang membezakan. semakin hari semakin berwarna ceria. tapi yang telah melukakan, tetap aku rasa pedihnya.
sehinggalah penghujung tahun 2008, aku bertemu seseorang yang sangat berbeza dari kawan aku yang sedia ada. sangat berbeza dari segala segi. namun kawan yang berbeza inilah yang mengajar aku, siapa itu kawan yang sebenarnya. dari pelbagi sudut, aku dan dia terbeza 180 darjah. dia di utara, aku di selatan. begitulah ibaratnya. tapi seolah-olah ada suatu tarikan untuk aku mengenali dia. pandangannya meluas. perjalanannya jauh. hampir seluruh eropah sudah diteroka. inilah andrea hirata versi kawanku.
kawanku yang tidak pernah aku kenali inilah yang selalu berada bersamaku, terutama disaat aku berkecamuk. whenever u need me, just give me a misscall, then i’ll call u. kawanku yang terbeza 180 darjah ini membuka pandanganku yang sempit ini. kenapa u nak menangis untuk yang dah pergi. for sure u boleh menangis, tapi apa yang u dapat? kadang-kadang aku sangat marah dengan percakapan seorang kawanku ini. tapi lama kemudian bila aku fikirkan, kata-katanya tetap betul. sebab itulah pada umurnya yang dikatakan belum mencapai tahap kematangan lelaki, dia boleh kukatakan sudah berada di puncak kerjayanya. kerana dia begitu optimis. kerana dia begitu realistik. dan aku sering mengimpikan untuk menjadi seoptimis dan serealistik kawanku ini.
kawanku ini juga sangat yakin diri. sangat percaya dengan kebolehan dirinya. i’m very good person and i’m very gentleman. u dont need to shy with me. i anggap u kawan baik so kita kena jujur antara satu sama lain. dia juga cakap, u must trust me coz i never lie. kalau sekali kita berbohong, kita terpaksa berbohong sepuluh kali lagi untuk menutup kebohongan itu, and finally u will end up dengan bohong juga. kata-katanya yang satu ini tak pernah aku lupa.
tak ada walau sekecil hal pun yang berlaku secara kebetulan. itu falsafah harun yahya yang selalu aku ingat. aku dipertemu dengannya juga bukan satu kebetulan.
No Comments »
setelah sekian lama grad dan belum dapat kerja, aiseh.. dugaan yang amat perit tu… ye lah, bukannya kesabaran yang sedikit untuk dengar orang bertanya, “kerja kat mana sekarang ni?”
nak salahkan orang, bukan nya salah diorang pun. diorang tanya sebab diorang concern.
so bila dapat panggilan interview hari tu, aku memang teruja. first call!
so aku ambik la tiket untuk ke KL, bertolak 30hb jun..
dalam perjalanan, sampai lebih kurang kat raub, en kama radicare call.. beritahu esok ada interview kat radicare kb.. kesal jugak tapi aku ignore, sebab aku tak ada apa-apa panggilan untuk interview tersebut.
pagi 1hb julai aku pergi interview kat pj…
balik interview aku mesej we sakrinal kat radicare kb..we, ari ni ada interview ke kat radicare kb..
beberapa minit kemudian, dia call.. aku ingat mu buleh kijo dah, so aku tok oyak la.. ari ni meme ada walk-in interview sini…
gosh.. mungkin bukan rezeki aku buat masa ni dengan radicare..
dah la jumpa abang aku dia tanya… radicare minta tak, tak panggil interview?..
pergi umah pakcik aku pun.. kak dah isi belum borang radicare?…
dan beberapa hari lepas jugak, kawan aku masa kat INSEP mesej….akak dah isi borang radicare blum.. saya dengar lepas ni ada inerview..
dalam hidup aku semenjak dua menjak ni hanyalah RADICARE! tapi radicare tak panggil2 jugak aku.. haha
8 Comments »
Setiap hari semasa pulang dari kerja, aku termenung sepanjang jalan dari Kota Bharu ke Sabak. Segalanya bersimpang siur bercampur gaul dalam kepala. Cerita-cerita dan kisah semasa di UM, dan berpanjangan hingga ke kisah INSEP, dan Radibems sekali sekala. Apabila semasa di dalam bas, bermacam-macam cerita mengalir laju dalam kepala, tapi bila sampai di rumah semuanya hilang dalam jerit ketawa dan tangisan zaim, dina dan zimam. Langsung tak sempat nak bukak laptop, apatah lagi menulis dan sewaktu zaman belajar dahulu.
Dua tiga hari ni aku agak tidak tenang, dua tiga minggu kebelakangan ini setepatnya. Apabila sendirian, aku lebih banyak termenung tanpa aku sedari. Bila ditegur, barulah aku kembali ke dunia nyata. Memikirkan pasal kerja (future work, not this training), hidup, dan masa depan yang kadang kala begitu meresahkan. Bagaimana untuk aku zahirkan, aku tidak tahu. Dan aku tidak jumpa sesiapa yang boleh aku luahkan apa yang terpendam. Cukuplah sekadar untuk meluahkan. Tapi aku tak jumpa sesiapa.
Sometimes aku nak mengalirkan air mata untuk melepaskan segalanya, tapi tetap tak mengalir dan tak lepas. Mungkin sekarang aku jadi makin pendiam. Hampair kembali seperti dahulu. Tapi sejeujurnya aku benci aku yang pendiam, sebab ke’diam’an aku membuatkan aku semakin sedih dan menyendiri, di saat yang sepatutnya aku menonjolkan diri.
‘Zaman kanak-kanak.. kita merasa dengan tangan dan kaki. Sampai luka-luka bila tersandung dan jatuh. Kini sudah remaja, kita merasa pula dengan akal dan hati pula. Sering luka-luka juga kalau tersungkur dalam perjalanan. Kelak kalau dewasa bagaimana pula? (Memeluk gerhana- Isa Kamari). Semasa kecil, kita merasa dengan tangan dan kaki, dan aku sering luka lutut dan tangan jika terjatuh ketika berlari. Zaman remaja, dan keremajaan yang menghampiri kedewasaan, aku terluka parah hati dan perasaan. Dan aku bangkit. Dan aku jatuh lagi. Dan bangkit lagi. Dan sekarang, aku keliru antara stage remaja dan dewasa. Antara kebebasan membuat pilihan sendiri dan ditentukan perjalanan hidup. Antara memori dan impian. Antara angan-angan dan cita-cita. Sebetulnya aku keliru.
Aku sering ditentukan rencana hidup, dan kebanyakannya aku sesali. Aku juga sering membuat keputusan sendiri. Adakala aku tewas. Adakala aku berjaya. Tapi itu keputusan aku sendiri. Dan aku akan bertanggungjawab atas apa jua risiko. Dan setakat ini aku gembira.
Aku harapkan mendung yang menyelubungi akan berarak jua.
1 Comment »
dah terlalu lama jugak aku tak visit page ni. tak menulis tak payah cakaplah. moving to another site sometimes… sweetchocredapple.blogspot.com.
No Comments »
dah terlalu lama aku tak mengarang. atau mengeluarkan buah fikir kreatif. tak kisahlah sajak ke, cerpen ke, ataupun pantun. macam tak ada masa untuk buat semua tu. dulu aku akan spent masa satu jam sehari untuk benda-benda tu, at least. sekurang-kurangnya akan buat aku berfikir, dan hilang ke dunia lain.
tapi sekarang masa seolah-olah terlalu suntuk. sehinggakan diari aku kosong untuk bulan 2 ini. jadual INSEP memang terlalu pack, ditambah lagi dengan aktiviti sendiri, memang jarang ada masa untuk buat semua tu. aku harap bila dah start praktikal nanti jadual hidup aku akan kembali normal. at least aku akan ada masa untuk diri sendiri.
kesibukan yang terlalu tidaklah begitu baik. masa rehat pun tidak tenang, dan akibatnya selalu keletihan. apatah lagi sekarang aku tidak bersukan, so stamina sangatlah teruk. mujurlah aku masih selamat dari serangan virus demam dan selsema. alhamdulillah, selama empat bulan aku di sini, tidak sekali pun aku demam, selsema atau pun batuk walaupun udara dan air di sini tidak terlalu bagus. walaupun kawasan kampung, tapi di sebelah kolej dan sebelah uthm sendiri ada kilang. dan pendek kata memang sepanjang jalan dari kolej ke uthm hanyalah kilang. dan kawasan uthm sendiri under construction. bila tiba hari panas, udara begitu kelam dengan habuk.
air di kawasan parit raja pulak memang jarang yang betul-betul bersih. tengok kepada parit disebelah perwira sudah tahu kesimpulannya. dan anehnya, kebanyakan kedai makan di parit raja adalah di sebelah parit. parit raja memang sesungguhnya raja parit. mujurlah parit di depan uthm bersih airnya. walaupun dalam uthm sendiri tetap hitam air yang mengalir!
dan sebenarnya ada satu yang tak tercapai- nak tengok rumah orphan budak binaan. faris tipu! cakap nak bawak, tak bawak-bawak lagi!
dan esok, aku dah nak balik. sampai jumpa lagi uthm, dan warganya…
4 Comments »
semalam masa tengah prepare nak present, dan duk dengar gee present pasal lie detectornya, baru aku sedar, ada 2 misscall, dari abe a. malas nak call back, aku hanya mesej, kenapa?
then seminit dua, abe a reply, berita gembira. kak dapat praktikal kat radicare kota bharu. hari ni orang HQ akan buat surat, maybe esok dia akan hantar.
gosh!
aku tunjuk mesej tu kat salina. memang aku sangat happy. sebab aku dah berjuang habis-habisan di saat-saat akhir, dan akhirnya aku berjaya jugak. tak tahu kenapa, tapi kali ni eager aku memang untuk praktikal kat kelantan. even ras bersalah gak bila produktif kualiti call aku offer tempat praktikal hari tu, dan aku boleh ter’bagi’ jawapan bangang, saya tengah tunggu radicare ni. dan aku tak call balik pun produktif kualiti. nanti la aku call. or mungkin puan mazita dah call kut.
pastu dah abes present semalam, budak-budak kelas ajak keluar. memandangkan puan ida dah bagi kebenaran hantar report hari jumaat, so apa lagi. grab the chance la.
selama ni masa banyak dihabiskan di lab jek. xde masa nak hang out macam course2 lain. inilah nasib jadi budak medical electronic. huhu
next….?
1 Comment »
pagi tadi, saat membuka blog prof wan, aku terkejut bila yahoo cakap ‘domain not found’. pelik jugka aku, setelah sekian lama aku duk bukak blog tu, tetiba hari ni domain not found. macam-macam perkara timbul. mungkinkah prof wan telah menutup esastera. mungkin juga server uthm tak bagi aku bukak blog profesor um. mungkin jugak prof wan lupa nak membayar yuran tahunan domain tersebut?
nanti petang petang sikit lah aku bukak balik.
2 Comments »
semalam dapat pulse jek, hari ni dapat PQRST waveform. memang perkembangan yang buat aku sangat happy. even sepuluh kali test pun result tetap sama. so aku confident resultnya memang macam tu. gain pun memang seribu, macam teori.
then try test kat human body. waveform tetap sama, cuma gain tinggi sikit. 1400. mungkin human body impedance dia tinggi. so aku tetap consider result tu as ok. en zul pun cakap boleh diterima lah.
so dengan suka hatinya record la seberapa banyak graf, in case (IN CASE) tetiba waveform tu tak muncul. tengah duk surf pasal data sheet, jeff bagi kotak. then aku terus buat casing. mengikut design aku sendiri. dan design siap…
TETAPI…
masa nak kemaskan casing tu, aku ‘terpusing’ dia punya potentiometer. gosh! aku dah mula risau. sally cakap cuba test balik. then kitorang test…
RESULTNYA…
gain tersebut jadi 300 jek.. sangat frust…
en zul cakap, sambung besok..
aku terus test.. dan 200 lebih…
en zul cakap lagi, balik, balik..
aku try adjust potentiometer… gain tak berubah..
en zul cakap, besok buat lagi…
aku berhenti.. besok sambung.. moga2 dapat waveform yang betul.. amin.
1 Comment »
|