Archive for September, 2006

juz past few days, aku ada baca artikel (lebih kepada cerita tapi aku tak tahu apa sebenarnya, catatan je kut) pasal bintang, bumi, bulan, dan matahari. sebenarnya aku tak paham sangat tapi seperti biasa aku tetap dengan perangi biasa aku. lagi tak paham lagi menarik!
tapi apa yg dapat aku simpulkan, aku rasa idup ni macam kadang-kadang macam bintang. tapi kadang-kadang macam bulan pun ada jugak. bintang tetap disitu, memberi panduan untuk sekalian manusia, tapi bintang selalu dilupakan. walaupun dia banyak berjasa, tetapi org tetap tidak nampak jasanya yang x pernah berhenti rehat. sebab apa? sebab bintang tak suka menonjolkan diri. baginya biarlah orang tak nampak kewujudan dia asalkan dia tetap berjasa. ke mana pun orang tetap cari bintang. orang tidak akan bertanya bulan dimanakah arah barat.
tetapi sebaliknya cerita bulan. bulan muncul pada awal bulan (sememangnya), tapi tidak tetap kedudukannya, tapi orang tetap nampak bulan berbanding bintang. sebab apa? sebab cahayanya lebih cerah daripada bintang, walaupun sebenarnya ia ambik cahaya orang lain (ataupun benda lain), iaitu matahari yang merupakan kaum kerabat bintang juga. tapi bulan tidak kisah, yang penting ia lebih cerah dari bintang walaupun terpaksa menggunakan kelebihan orang lain.
keduanya muncul di kala malam, dan aku tak tahu camane nak abiskan cerita aku sebab aku dah bluuurrrrrrrrr yang teramat. so selamat malam bintang, selamat berpuasa bulan…..
(next time aku ada idea aku sambung or… somebody else boleh tolong sambung untuk aku….please????!!!)

Comments 3 Comments »

tetiba je rase nak nulis kat blog (n so sorry bahasa aku kali ni so cincai). ntah nape but tetiba je rasa down yg teramat oleh faktor yang tak terucap dalam masa yg tak terjangka. teringatkan test next week, report yang tak siap lagi, n segala2nya tapi aku juz nak rehat. menulis dan mencurahkan apa yang tak terucap oleh lidah yang kelu dan bibir yang kaku.
bila fikiran kacau, tak ada apa yang paling aku suka lakukan melainkan cari something (laptop atau diari atau buku catatan), n duduk menulis. tak kira la sajak, cerpen, catatan or wat eva asalkan aku boleh mencurahkan segala-galanya. segala-galanya.

Comments 1 Comment »