Archive for January, 2007

bangun pagi dengan kepala yang sakit dan pening-pening. tidur semalam terganggu dan sebenarnya aku tak berniat

untuk tidur dalam keadaan macam tu tapi dah tertidur dan terpaksa la tidur juga walaupun kepala masih ligat

berfikir. so, bayarannya, bangun pagi dengan perasaan bercampur baur dan dan ambil masa juga untuk stabilkan

balik. persoalan aku sebenarnya bukan pasal tidur yang terganggu ataupun kepala yang sakit, tetapi tentang

fikiran kita dan apa yang kita fikirkan. aku boleh memilih untuk tidur dengan aman walaupun banyak perkara

yang perlu aku lakukan sebelum tidur dan aku tidak lakukan. dan aku boleh memilih untuk melakukan perkara tu

esok dengan aman dan bahagia, tanpa sakit kepala atau pening-pening. tapi tabiat seorang azma, biasanya lebih

suka memilih untuk fikirkan lebih pasal perkara yang tak perlu difikir separuh mati. begitu juga dengan

perkara-perkara lain. fikirkan separuh mati, atau hampir tiga suku mati, tapi akhirnya tak ada apa yang teruk

pun berlaku dan tidak mati pun. tapi kadang-kadang aku realistik juga. dan dengan kerealistikan aku tu, semua

berjalan dengan lancar. mungkin lebih lancar dari pentium 4. atau dari syntium. tapi jarang-jarang saja aku

akan bertindak secara realistik, lebih-lebih lagi jika keadaan mendesak dan fikiran aku mula memikirkan yang

bukan-bukan. tapi sebenarnya jauh di dalam fikiran aku, aku tetap percaya, walau apa pun yang bakal berlaku,

walau seteruk mana pun jangkaan aku ia akan berlaku, apa yang berlaku tidaklah seteruk itu. akal suka

membayangkan apa yang lebih buruk walaupun yang lebih baik mungkin terjadi. mungkin kita perlu prepare for the

worst, tapi kita juga perlu expect banyak perkara baik akan muncul. dunia bukanlah kejam sangat sehinggakan

apa yang berkalu diluar kemahuan kita. subconcious mind bukanlah jahat sangat tapi kita yang terlalu jahat

menyemai perkara yang pelik-pelik. mengandaikan perkara yang pelik-pelik. dulu aku hanya menganggap

teori-teori yang aku baca hanyalah sekadar teori. tetapi setelah beberapa perkara yang berlaku dalam hidup

aku, aku terpaksa mengakui bahawa teori memang ditulis berdasarkan bukti, bukan sekadar teori semata-mata.
aku sering memberitahu diri sendiri, binalah impian sebanyak-banyaknya, nanti walaupun mungkin tak semua akan

tercapai, tetapi ada yang akan tercapai. berbanding hidup tanpa impian, hidup dengan impian lebih menarik dan

mencabar. sekurang-kurangnya kita akan memenuhi masa kita dengan sesuatu yang kita fikirkan akan berlaku,
walaupun mungkin tidak berlaku.
aku percaya setiap dari kita ada cerita tersendiri, cerita yang kita fikirkan, cerita rekaan kita sendiri. cerita yang kita fikirkan sekali mungkin tidak logik berlaku, tetapi bila difikirkan kali ketiga dan seterusnya, ia adalah cerita yang paling logik pernah kita dengar. dan cerita itu

adalah cerita kita. alangkah indahnya!

Comments 1 Comment »

bila kita keseorangan, kita akan merenung diri sedalam-dalamnya. kesilapan kita, dosa kita, kekurangan kita dan segalanya..tapi bila kita dalam keramaian kita akan lupa semua itu.. segala apa yang kita pernah fikirkan ketik kita bersendiri. mungkin adalah sesuatu yang baik untuk bersama dengan orang sekeliling kita, belajar sesuatu yang baru tentang hidup. namun tidak semuanya. kerana kita juga boleh menjadi panduan terbaik untuk diri sendiri. kita belajar dari kesilapan. dan guru terbaik adalah kesilapan. tetapi mengapa kita dihukum separuh mati kerana kesilapan. kenapa kita kita dipinggirkan kerana kesilapan. seperti yang aku baca dalam dare to fail, semua ciptaan agung dalam sejarah peradaban manusia bermula dari satu kesilapan besar. kesilapan besar akan menghasilkan kejayaan besar. tetapi mengapa stigma orang tidak pernah berubah. when u did wrong, u will be kicked..menghakim tidak salah, tapi penghakiman yang salah adalah salah. menghukum juga tidak salah. tetapi menghukum yang tidak salah tetap juga salah. 

Comments 2 Comments »