Archive for March, 2007

pepagi lagi dah melalui detik yang agak memeningkan. cuba untuk menyiapkan assignment biostat. setia meneliti journal yang sepanjang 23 page sampai sakit mata. tu baru nak baca. belum lagi bab meng’interpret’, memahami, meng’ayat’ semula, meng’summarize’ dan menjawab soalan. itu baru bab membaca. clinical pulak masih ter’blur-blur’ lagi. design entah ke mana. report tak tahu mana nak start. then dengan hati yang blur, pergi kelas….

balik kelas pergi hantar buku kat library. sayang rasanya nak hantar "Kencana", sebab baca pun tak habis lagi tapi dah due date dan assignment pun semakin suka memenuhi planner aku. nak tak nak salah satu terpaksa dikorbankan. selamat tinggal "Kencana’….

balik dari library pergi PPUM, tak lain tak bukan menuju ke workshop dengan almas. tapi sebelum tu singgah kat admin, mintak maklumat sikit-sikit. nasib baik pegawai tadbir tu baik orangnya. senang sket kerja kitorang. tak payah sakit kepala nak pikir yang pelik-pelik. pergi workshop lebih kurang setengah jam, dapat apa yang nak, terus balik. dan berjalan balik ke 2nd…..

sampai bilik pukul 5.30. penat fizikal dan penat ,mental. mula-mula ingat tak nak turun court walaupun matahari memancar indah. tapi mengingatkan amanah yang ada kat bilik aku (walaupun hanya sebiji bola), terpaksa la pakai track suit dan turun jugak. dengan harapan detik-detik suram yang aku lalui sepanjang hari akan terubat jua. dan terus melangkah ke court volley…..

sampai kat court, ramai yang dah ada. mungkin aku turun agak lewat dari biasa (ataupun orang lain yang turun awal dari biasa.) cukup orang, masuk team dan main. tapi team biasa aku tak cukup. masing-masing ada hal. so aku masuk je la dengan sape-sape yang kosong dan boleh main. mula-mula main happy. lupakan seketika pasal biostat, lupakan pasal clinical, lupakan pasal "Kencana", lupakan pasal segalanya. game pertama ok, menang. game kedua menang. sama ada aku main teruk atau ok, tetap menang. dan semua orang happy. tapi bila masuk game ketiga, mungkin aku main lebih buruk (sebab orang lain selalu main ok) dan menghampiri bayang kekalahan. dan aku kena marah, dan aku sangat terasa. kenapa aku dimarah bila aku perform teruk, sedangkan orang lain bukannya tak pernah buat salah. bukan aku sorang buat salah kat dunia ni. kalau diikutka hati yang terasa dan terasing, nak je aku naik on the spot, tapi memikirkan profesionalisme, aku main sehingga mata terakhir (walaupun kalah). dan aku terus naik ke bilik, dengan hati yang semakin suram…..

balik bilik, tapau nasi, makan nasi, mandi, sembahyang, dan bukak biostat balik. rasa dah terlalu tepu untuk terima segala input. ambil syiling, pakai sweater, turun bawah cari public phone. dail nombor rumah. sekali. abang angkat. aku tanya mana mak. abang cakap belum mak belum balik dari surau. letak. duduk. sepuluh minit kemudian dail nombor yang sama. suara abang lagi. jawapannya tetap sama. mak belum balik dari surau. dia kata call pukul 9.30. tengok jam kat handphone, ada 25 minit lagi. tanpa borak sepatah pun dengan abang, aku terus letak. dan naik ke bilik. cuba baca biostat lagi. journal tu ada 23 page. bukan 2 atau 3 page. tanpa off laptop, terus naik katil. cari handset, set alarm, dan terus tutup mata….

Comments 2 Comments »

Aku berbintang Aquarius. Kata orang, orang Aquarius orang
yang bertuah. Tapi kata sesetengah orang pula, Aquarius orang yang pelik.
Secara umumnya, aku bukan mempercayai bintang atau zodiac tetapi sedikit
sebanyak perangai dan tabiat manusia memang dipengaruhi bulan kelahiran mereka.
Itu berdasarkan apa yang pernah aku baca berdasarkan beberapa kajian oleh orang
lain, bukan kajian aku sendiri. Berbalik kepada persoalan utama aku. Aquarius.
Mungkin kedua-dua pendapat yang telah aku sebutkan tadi ada betulnya. Tapi aku
rasa secara peribadi, aku lebih bersetuju dengan pandangan yang kedua. Itu
pandangan peribadi aku dan tidak pula aku bertanya pandangan peribadi Aquarius
yang lain. Oleh sebab itu, aku tidak akan membuat kesimpulan untuk sebarang
kenyataan, walaupun kenyataan itu mungkin ada benarnya. Aku hanya ingin
berkongsi cerita sendiri, pengalaman sendiri. Pengalaman orang Aquarius.

 * * *

Aku mungkin dilahirkan dengan bakat kepimpinan. Mungkin. (apabila aku menggunakan perkataan ‘mungkin’ kebarangkalian untuk
kenyataan aku diterima adalah 0.5, bukannya 1. kalau aku salah tolong check
buku statistic.
) Mengapa? Sebab aku mempunyai peluang untuk mengetuai bukan
hanya satu atau dua pertubuhan walaupun aku tidak pernah dilatih untuk memimpin
sejak kecil. Aku diajar di rumah untuk menjadi seorang yang pasif. Tidak pernah
boleh menyuarakan pendapat, dan hanya boleh menurut kata. Itulah anak yang
baik, menurut definisi yang diberikan oleh ayah. Dan aku terus membesar menjadi
seorang kanak-kanak yang sangat pasif. Secara totalnya, itu bukan salah aku,
kerana dunia kecil aku hanyalah rumah kayu beratap zink. Tidak pernah lebih
dari itu.

Aku hanya mengenali kawan-kawan sebaya semasa berumur
tujuh tahun. Ini adalah disebabkan pendidikan formal aku bermula pada umur tujuh
tahun, bukan enam tahun seperti kebanyakan kanak-kanak lain. Tapi aku tidak
pernah kisah, mungkin itulah yang terbaik untuk kanak-kanak seperti aku, pada
waktu itu. Apabila memasuki darjah satu, sedikit sebanyak perasaan rendah diri
tetap ada. Pertama sekali, aku merasakan muka aku sangat pelik berbanding muka
orang lain. Aku tidak tahu apa perkara yang menyebabkan aku merasakan demikian,
tapi itulah yang aku rasakan. Sehingga aku pernah terfikir untuk menukarkan
muka dengan sesiapa yang sudi menukarkan mukanya dengan aku. Itulah aku yang
berumur tujuh tahun. Okey, kita tinggalkan soal muka aku yang pelik, perkara
kedua yang menyebabkan aku rendah diri ialah di saat-saat orang lain telah
mempunyai kawan (kebanyakannya dari zaman tadika lagi), aku masih keseorangan,
kecuali sepupu aku yang kebetulan sama kelas. Selebihnya semua wajah-wajah yang
tak pernah aku lihat. Wajah-wajah asing yang bermacam rupa dan ragam. Ketiga,
aku tidak pernah memasuki sekolah tadika, jadi aku tidak tahu tentang banyak
perkara (tetapi dalam perkara-perkara tertentu mungkin aku lebih banyak tahu).
Keempat, orang memanggil aku orang putih rambut merah dan aku merasakan aku
orang yang sangat asing di kalangan mereka. Kelima, ada perkara yang perlu
menjadi rahsia aku seorang. Jadi cukuplah empat faktor sahaja. Tetapi, empat
faktor itu sudah cukup untuk membuatkan aku rasa rendah diri dan secara tidak
langsung tidak mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri. Adakah itu disebabkan
aku berbintang Aquarius?

Masuk darjah empat, aku dipilih oleh rakan-rakan sekelas
untuk menjadi ketua darjah walaupun aku seorang perempuan (pada waktu itu, (disekolah aku), tak ada perempuan yang
jadi ketua kelas- perempuan tidak boleh menjadi ketua-itulah stigma budak
sekolah aku). Walau apapun aku tetap berbangga untuk jadi ketua kelas. (adakah
waktu itu kawan-kawan aku telah sedar orang Aquarius seperti aku mempunyai bakat kepimpinan?- diulangi, orang Aquarius seperti aku -bukannya
aku) Tapi aku masih ingat ada seorang guru praktikal yang mempertikaikan bagaimana
seseorang yang macam aku (yang penakut- menurut kata cikgu itu) boleh menjadi
ketua kelas. (Tidakkah cikgu itu sedar, aku ini orang Aquarius-bakal pemimpin
masa hadapan!) tapi disebabkan aku masih sangat pasif pada waktu itu, aku hanya
menerima bulat-bulat, tanpa membantah.

Seterusnya aku dipilih menjadi pengawas pada darjah lima, mungkin kerana peperiksaan aku jauh lebih baik daripada mereka yang telah bergelar pengawas
sebelum aku. Pada masa itu orang yang lebih hebat keputusannya akan dilihat
boleh menjadi pemimpin walaupun hakikatnya ramai orang yang cerdik sebenarnya
sengat lemah dalam kepimpinan (tapi aku harap aku bukan salah seorang
daripadanya). Pada darjah enam pula aku dipilih menjadi pengerusi Pergerakan
Puteri Islam walaupun pada darjah lima aku merupakan orang yang paling malas untuk menghadiri perjumpaan pertubuhan
itu dan selalu dipanggil oleh cikgu . Macam mana orang pernah terfikir untuk
memberikan aku kepercayaan itu aku pun tidak tahu. (Sekali lagi, adakah mereka tahu aku berbintang Aquarius?)

Selepas mendapat keputusan dan pencapaian cemerlang dalam
sukan dan akademik semasa darjah enam, agak mengecewakan apabila aku tidak
mendapat mana-mana tawaran untuk ke sekolah berasrama penuh. Memang cukup
mengecewakan tapi aku seorang yang realistic dan positif. Dunia tidak akan kiamat pada waktu itu jika kita tidak dapat apa yang
kita cita-citakan
. Jadi, peluang tetap ada walaupun mungkin terpendam jauh
di dasar laut (tiada siapa yang tahu suatu hari nanti kita akan jadi pemilik
telaga minyak- bukankah itu letaknya di dasar laut?). Jadi aku teruskan langkah
yang realistic walaupun seluruh kaum
keluarga aku menentang. Pada waktu itu aku telah menjadi agresif, bukan lagi
kanak-kanak pasif di bawah atap zink.

Aku hanya mendapat tawaran ke sekolah asrama, bukan
asrama penuh seperti yang aku cita-citakan, jadi sebagi seorang yang realistic
terhadap masa depan sendiri, aku telah menolak tawaran tersebut yang pastinya
menimbulkan kemarahan yang bukan sedikit dari seluruh kaum keluarga aku. Harga
yang patut aku bayar bukan sedikit. Tapi itulah yang aku belajar secara tidak
langsung yang menjadikan aku berdiri sehingga hari ini. Aku melalui zaman
menengah rendah dengan sedikit kesukaran. Kadang-kadang apa yang berlaku di
luar perancangan aku. Tapi orang yang realistic macam aku (macam aku?!) tidak pernah melihat halangan sebagai
masalah. Aku tetap dengan minat lama aku di sekolah rendah yang pernah membawa
aku ke puncak kejayaan - bola tampar. Walaupun ayah galak menentang, aku tidak
pernah kisah. Bukan ayah yang merencanakan masa depan aku. Bukan ayah yang
membentuk masa depan aku. Semuanya telah aku tulis dalam perancangan yang hanya
aku sendiri tahu. Aku perlukan keluarga untuk menyokong perjuangan aku,
bukannya menentukan hitam putih masa depan aku.

Itu cerita aku pada zaman sekolah rendah dan menengah
rendah. Cerita pada zaman nyet-nyet.

Cerita seterusnya terlalu panjang.

Cerita seterusnya terlalu complicated.

Cerita seterusnya aku tamatkan.

Aku sambung dengan cerita lain.

Semasa di sekolah, aku ada seorang kawan yang tarikh
lahirnya sama dengan aku. Semestinya Aquarius! Dan yang peliknya, semua orang
menganggap dia seorang yang pelik. Apa yang peliknya, tidak perlulah aku
perincikan. Tapi yang pasti ramai yang beranggapan begitu. Jadi dalam diam aku
selalu bertanya kepada diri sendiri, adakah aku pun pelik macam kawan aku itu,
walaupun tidak pernah ada yang memberitahu aku pelik (pada masa itu). Tapi aku
tahu walaupun tidak secara terus terang, ramai yang menganggap aku orang yang
pelik. (Dan secara terus terang pun ramai yang beranggapan begitu!) Tapi aku
tak kisah. Apa yang pelik itu menjadikan aku berbeza dari orang lain.
Sekurang-kurangnya aku tak akan ambil cap jari orang lain untuk memperkenalkan
diri sendiri kepada dunia. Bak kata seorang lecturer aku, setiap perubahan
besar di dunia bermula dari idea seseorang yang tidak dipersetujui oleh orang
lain. Atau dengan kata lain, mengikut tafsiran aku, idea yang pelik dari orang
yang pelik bakal merubah dunia kepada idea-idea agung yang tak terfikir oleh orang
yang biasa. So, tidak salah menjadi pelik, asalkan kepelikan kita itu tidak menyusah manusia sejagat. Tidak salah
menjadi pelik asalkan kita tahu norma dan batas-batas etika seorang manusia.
Jadi, berubahlah menjadi pelik
! (^_^)

Itu cerita aku. Cerita orang lain aku tidak tahu.

 

 

 

Comments 1 Comment »

10-03-07
kurang atau lebih, tiga minggu lagi kena submit report untuk projek klinikal. dan sehari lepas tu, kena pulak present, dan lepas present tak semestinya semua habis, dan lepas semuanya habis, tak semestinya ia akan berakhir..

proposal yang sepatutnya lulus sebelum cuti midsem lagi, tapi baru diluluskan semalam. peritnya bila proposal ditolak. lebih perit lagi kalau kita sudah bersedia habis-habisan untuk proposal tersebut, kemudian ditolak.. (rasa macam pinangan ditolak je..hehe..) dan selepas brainstorm bermati matian sekali lagi, (walaupun kadang-kadang buat-buat brainstorm) hasil dari empat kepala, empat pemikiran, empat cara, dan entah berapa pertikaman lidah, aku, Almas, Kang Kyan, dan Moon(korean guy), akhirnya terhasillah sebuah wheelchair baru - dengan melupakan segala keperitan lama bila proposal ditolak..(tapi keperitan itu tetap perit!)

kerana sebuah wheelchair, habis kacau bilau hidup aku, tidur bermimpikan wheelchair, bangun terbayangkan wheelchair, main volleyball hilang semua bayangan wheelchair..kerana sebuah wheelchair banyak yang sepatutnya aku lakukan tak sempat aku nak lakukan..atau lebih tepat lagi, lupa nak lakukan..tak pasal-pasal free2 kena perli dengan kakak aku, free2 dapat malu free, free2 melepaskan peluang yang datang secara free (memang perangai manusia suka mensia-siakan sesuatu yang free).. hanya kerana sebuah wheelchair…

lepas ni aku harap segala-galanya akan ok..stabilkan hidup, kenakan force yang sepatutnya untuk seimbangkan disturbance2 baru yang suka membuat kekacauan..dan minggu depan..test signal!!!!!!!!!!!!

seperti apa yang Moon tulis dalam notebook aku..

    "the first luck makes the worst result
     but the first unfortune makes the best result
"

aku harap kata-kata Moon ada benarnya…

Comments No Comments »