aku berlari ke langit mengejar segunung cita
bertebaran berserakan di serata angkasa
langkah pincang tersadung halangan
perasaan di sungai harapan melintang jalan di muara
lautan cabaran direntasi dengan kaki berdarah dan
merahnya meresap ke dalam jiwa yang kontang dan
merahnya darah membasah
merahnya darah membakar
langit yang kukejar masih jauh di angkasa
namun lautku yang merah tetap memantulkan kebiruan langit
dan aku terus berlari ke langit
memburu langitku yang baru membiru
Archive for May, 2007Aku pernah memberitahu diri sendiri. Biarlah aku terkorban
Tetapi, mungkin aku
Mungkin sekali lagi aku tersilap. Mustahil untuk semua
Bahagia. Derita. Gembira. Sengsara.
Semuanya satu.
Kadang-kadang kita terpaksa mengorbankan perkara yang kita
Terpaksa untuk memaksa suatu keterpaksaan. Memang sukar dan
Bahagia milik semua orang. Derita juga akan dikecapi setiap
Dunia tidak pernah kejam. aku melalui detik yang sangat menyedihkan hari ni. saat yang aku harap-harap sangat tak akan berlaku tapi itulah yang aku alami. Belum pun hilang penat study untuk final, biasa lah study last minute, kelas dah bermula. Well, apa-apa pun hidup mesti diteruskan. Ini jalan yang aku pilih, kalaupun secara tak sengaja. Perangai manusia memang sukakan yang mudah. Aku juga sebenarnya. Ingin segalanya didepan mata. Sekali sekala ada kelas di fac medic sudah merungut. Sudah biasa keluar pagar kolej dan terus masuk ke fakulti. Sudah biasa jalan 5 minit ke jabatan. Sudah biasa jalan balik kelas dengan ‘epi’, balik terus makan di dewan Umarak. Tidak sempat berpeluh. Sekali sekala habis waktu klinikal di fac medic pukul 1 dan ada kelas balik pukul dua di jabatan sudah dirasakan beban yang teramat. Padahal itu rutin biasa bagi orang lain. Segalanya mahu tersedia tanpa sedikitpun kesusahan. Itulah manusia yang bernama aku. Dan bila sekali sekala di beri sedikit kesusahan, sudah melatah. Lupa pada jalan-jalan mudah yang biasa dan selalu dilalui. Lupa pada nikmat yang selalu ada di depan mata. Lupa pada segalanya. Sebetulnya apa yang berlaku mungkin adalah perancangan secara tak sengaja yang aku lakukan. Kadang-kadang mulut terlalu ‘lancang’ bercakap, sehingga kadang-kadang lupa apa yang terluncur dari bibir itu adalah doa. Niat di hati mungkin sekadar ingin bergurau memeriahkan suasana tapi kadang kala banyak gurauan yang tersalah tempat sehingga memakan diri, lebih teruk lagi mengguris hati orang lain. Sedar dan tidak sedar, memang aku tahu banyak yang terguris dengan kata-kata yang aku ucapkan. Untuk segala yang terluah dan terpendam. Untuk segala yang terpendam dan menjadi dendam. Untuk segala dendam yang terlerai dan terurai. Semua punya akibat tersendiri. Yang kadang-kadang terlepas bebas. Kadang-kadang terikat dan terpenjara. Semua itu adalah jalan kupilih (kalaupun secara tidak sengaja)……. Kata bulan kepadaku Tidakkah engkau tahu Pungguk bukan merinduiku Pungguk tidak pernah mengingatiku Kerana ia terlalu bisu Dan sebenarnya aku juga tidak tahu Apakah yang bergelojak dalam hatinya Sedang aku Setia menunggu di sini tanpa jemu
Kata pungguk kepadaku Tidakkah engkau tahu Bulan bukan merinduiku Bulan tidak pernah mengingatiku Kerana ia terlalu bisu Dan sebenarnya aku juga tidak tahu Apakah yang tersimpan dalam hatinya Sedang aku Setia menunggu di sini tanpa jemu
Kataku kepada pungguk Bulan memang tidak merindumu Kataku kepada bulan Pungguk tidak pernah mengingatimu
Kataku kepada diriku Bodohnya kedua-dua lakaran wajah mimpi
May
03
2007
membilang hari-hari berlalu, menghitung hari-hari mendatangPosted by: jintan-putih in azo diarieskolej dah semakin kosong. court dah sunyi. dewan makan hanya dibuka satu kaunter. floor semakin hilang keriuhan. cafe semakin tiada orang. dan aku… masih di lab comp… mencatat selagi terdaya.. menulis selagi termampu.. paper last semalam. biomat. walaupun paper last, aku tak mampu untuk mengukir senyum kebebasan, sebab aku takut senyum aku akan dihiasi air mata. apa yang hanya mampu aku lakukan, bertawakal, setelah aku berusaha sedaya aku. hanya itu. yang selainnya, hanya berserah. di saat orang lain sibuk berkemas dengan gembiranya, aku hanya mampu melihat.. bye semua warga 2nd.. bye semua warga biomed.. bye semua warga UM.. bye semua warga volley (aku pasti merindui hari-hariku yang berlalu di court volley.. tempat bermula segalanya…miss u all guys..thanks for made my days meaningfully..walaupun hari-hari duk gaduh dengan amri, mangga, (juz sebahagian nama..hehe), walaupun kadang-kadang terlebih emo, walaupun kadang-kadang termarah orang, walaupun kadang-kadang termerajuk dengan orang, walaupun kadang-kadang terasa dengan orang, walaupun kadang-kadang buat orang terasa..semuanya buatkan hidup aku begitu bermakna..sehari tanpa turun ke court, hidup seolah-olah kosong.. dan tetiba semua jadi peramal cuaca, petang ni hujan ke tak, guruh macam ni hujan ke tak lepas ni, kalau hujan macam ni berhenti pukul berapa..hmmm… aku pasti merindui semua itu..) bye buat semua yang ku kenal.. selamat bercuti.. selamat ber"LI" selamat ber"LM" selamat untuk segalanya… |
Entries (RSS)