Archive for June, 2007

bila duk sorang2 kat bilik, try belek buku jap. sambil2 tu ambik mech pencil dan menulis. sambil tu baca soalan, pastu tulis lagi, atau lebih tepatnya sebenarnya buat latihan maths!

sebenanye mula2 janji ngan epul, sya2 n kyat nak wat study grup kat 6th. tp ujan cam malas berhenti lagi, so sya2 cakap malas nak pegi 6th ujan2 camni. ok. aku tak kesah pape pun. balik bilik, anta mesej kat epul, tak jd malam ni, dan dia reply ‘ok’. dan aku meneruskan latihan yang terbengkalai kejap td. kyat memang bgtau awal2 lagi tak nak datang sebab ujan.

so aku pun mula la wat soalan past year. soalan 1 ok, 2 pun ok, 3 pun boleh jawab jgk. belek soalan 4 bingung jap. sebabnya bab tu tak belajar lagi. tapi 3 soalan tadi aku berjaya jawab dalam masa yang kurang dari setengah jam. so tetiba aku terfikir, apa masalahnya aku. terlalu bangangkah aku terpaksa repeat paper ni sedangkan aku berjaya jawab soalan dengan begitu lancar (dan aku pasti jawapannya adalah betul).

aku sendiri yang menilai soalan ni. bukannya top scorer lain, tapi aku sendiri. so apa masalah aku tiga sem lepas sehingga terpaksa repeat paper ni. bangang sangatkah aku. dalam diam, aku sendiri jawab, "aku tidak pernah menumpukan pelajaran sebagai benda penting dalam hidup aku." pegangan hidup aku, belajar bukan semata-mata dalam kelas ataupun lecture hall. tapi hidup itulah pelajaran aku. dan sebab tu aku macam tak kisah korbankan sedikit pelajaran aku demi projek. tapi rupanya aku silap langkah. pegangan aku tak silap. prinsip aku tak silap. tapi sikap aku yang silap. sikap aku yang membuatkan aku tersadung. tersadung di kaki PPB. sikap yang aku sendiri benci tapi aku sering lakukan.

dan untuk PPB kali ni, aku harap prinsip dan sikap aku bergerak seiring dan aku tak akan tersadung lagi!!!

Comments 1 Comment »

semalam tido umah kakak aku. melarikan diri jap dari kesibukan kolej.

<diulangi, kolej yang sibuk, bukan aku>

then hari ni pepagi hari dah balik kolej, tumpang kakak aku nak pegi sekolah. naik LRT, jalan dari stesen u, sampai la kat bilik dalam pukul 7.30. kurang lebih la.

pastu bukak laptop jap, test internet, sbb kul 9 kena register subjek. terpaksa la punctual kali ni sebab nak register ko-K.

dalam pukul 8.30 handset berbunyi.

mesej. bukak.

ingatkan sape yang anta mesej pepagi ari camtu. kat atas sekali tertera la
"I j a r d e"

dan mesej tersebut adalah ~~*alamak dah terdelete la* hehe, inbox penuh..

tapi dia cakap dia dah dapat posting, setelah sekian lama menunggu, akhirnya…. congrates jad!!

sebagai kawan, aku turut eppy bila dengar berita ni. ye la bila kawan2 seangkatan dah mula posting dah kita masih terkontang kanting tanpa berita, tak ke haru tu. tapi akhirnya penantian kau berkahir jgk jad.. hehe (nasib tak kena kt sarawak kan)

tp sometimes terpikir jgk camane ijad dalam sut "keguruan" tu. haha.. jahat tak aku.

aku kenal ijad sebagai seorang yang ada karisma tersendiri.. disebalik ke’tonyok’an dia, ijad seorang kawan yang ada sentiasa disisi bila kita memerlukan pertolongan, tidak kira sesiapa pun. (tp ko tak bagitau pun ape tu tonyok, jad. xmenepati jnji lgsg!)

aku kenal ijad masa first year, first projek CKMB. masa tu dah la aku ngan sheeda je junior, (shah masuk masa dah dkt gler nak projek). so memang terkontang-kanting la. tp mujur la ada senoir2 yang macam ni. ijad, hamdan, marcus, aduk, and ketua aku azmi. seingat aku tu je yang sudi tgr aku masa awal2 dulu..almaklumla junior tak glemer macam aku ni..

pastu masa KKAA, ijad sebagai timbalan pengarah 2 masa tu memang banyak tolong aku. mklm la aku sebagai 1st yr yang xtau apa2, tetiba kena buat keje yang byk gler, hmm.. sesak nafas gak.. dengan kerenah2 birokrasi dalaman dan luaran, ijad memang selalu cool… dan maintain cool…

masa Kembara Kasih pulak, dia sebagai ketua biro lain (semestinya bukan biro aku~TTK) dan aku sorang2 dtinggalkan untuk siapkan buku cenderamata, ijad jgk yang banyak hulurkan tangan. (masa tu baru sama2 nak kenal publisher kan jad…haha.. lawak gler masa tu..) tapi ijad la yg sanggup stay up bsama2 aku, siapkan buku tu (walaupun silap cover), siapkan pamplet, dan segala macam yang semuanya baru bagi aku…

masa aku jd pengarah KKAA masa 2nd yr plk, dia jgk yg banyak tolong aku bersama hamdan, even tolong hantar KKD dan borang permohonan kegiatan (yg aku x ingt nak isi). pastu sehari sebelum projek, aku masih ingat lagi macam mana aku ter’marah’kan ijad dengan kesilapan yang org lain lakukan. dan dia tetap dengan muka yang dengan sangat cool, sehingga pastu aku malu sesangat, nak mintak maaf pun melalui mesej walaupun dia ada kat depan mata masa tu.. (ko simpan lg ke msg aku tu jad.. hehe..)

dan aku ingat lagi ayat dia masa postmortem last KKAA9, ‘kalau org tak buat kerja, jangan salahkan orang tu kenapa dia tak boleh buat kerja tu, tapi tanya diri kita kenapa kita tak tolong orang buat kerja tu.’ lebih kurang macam tu la.. dan aku still ingt sampai sekarang..

dan hari ini..

ijad akan jd cikgu dah, kat johor katanya. tak lah jauh sangat tu jad. semoga menjadi cikgu yang baik jad. sebaik aku kenal ko sebagai ijad di 2nd. walaupun penat menunggu, akhirnya penantian tu berakhir jugak. dulu setiap kali orang lain dapat berita posting, aku pun dapat la mesej dari ijad, sedih tak dapat posting lagi. dan ari ni aku dapat mesej lagi, tapi mesej bukan seperti yang sebelum ni..

welcome tu dunia "_ _ _ _" jad (aku tau ko tau nak isi apa) haha

Comments 5 Comments »

pagi tadi ada test PPB, suppose start pukul 9 tapi dekat pukul 10 baru lecturer sampai. kalau student lewat lecturer marah, kalau lecturer lewat student nak cakap apa…hmm.. hukum dunia…

test tu agak ok la walaupun aku personally agak bengang. mana taknya, soalan sume 2,2,3 markah jek. xpernah lagi aku jawab soalan maths macam tu. tapi pape pun janji aku boleh jawab la jugak..

balik test aku pergi main library, hantar antologi yang aku pinjam hari tu, "Gemilang". keseluruhannya tak lah best sangat. cuma ada satu je cerpen yang aku suka, "Aku bukan camar impianmu." kisahnya kisah realiti biasa je, tapi aku tetap suka. mungkin sebab tajuknya kut. C.A.M.A.R

< yang konsisten ke tak ekk jimmy?? >

pastu pegi la cari buku baru kalau-kalau buku yang aku cari selama ni ada tersusun kat rak. tapi tetap frust. yang ada hanyalah "the missing piece 2", bukannya yang first.

so nak tak nak cari la buku lain. then nampaklah satu buku yang pendek dari buku lain dan semestinya gemuk dari buku lain.

< lebih gemuk dari buku Greenberg~ buku maths>

duk belek-belek rupanya novel indon, tapi dah ditranslate ke BM. nampaknya cam menarik dan ketebalannya pun menarik, lebih 1,200 muka surat..hmm.. kalau la aku berjaya menghabiskan greenberg dengan ketebalan yang kurang lagi daripada tu dalam jangka masa yang sama….

balik bilik terus start baca. cerita-cerita realiti kehidupan.

<semestinya bukan cerita si gadis kampung yang cantik yang kena kawin paksa dengan lelaki tampan kota atas pilihan keluarga, mula-mula si lelaki benci sebab dah ada kekasih model yang sangat lawa tapi perangai tak elok, then mula jatuh cinta dengan isteri sendiri, insaf,  kemudian bahagia…>

arggghh, benci betul cerita macam tu. kebanyakan penulis muda sekarang (kebanyakan, bukannya semua) hanya menjual huruf semata-mata, sedangkan nilai diletak ke tepi… hmm.. itu juga dunia..

novel tersebut aku baca tak sampai setengah pun lagi, tapi sekurang-kurangnya memberi gambaran realiti, walaupun ada jugak unsur-unsur ketidak logikan. yang tu memang susah nak elak.

satu benda yang aku respect dengan sastera indon, penulis diorang tak lokek untuk berkongsi…dan kita??? hmmm…..

Comments 2 Comments »

kalau diikutkan hati aku yang rajin, bangun, solat, mandi, bersiap, then bukak buku, pastu apa lagi kalau tak study…

tapi terikut pulak perangai aku yang kurang kerajinan sket, mandi, buat nescafe (semestinya 3in1~mild), then nampak laptop cam best jek untuk dibukak, apa lagi, terus switch on, sambil menikmati secawan nescafe…hmmm

hari ni rabu, maknanya besok khamis, dan mengikut apa yang ada dalam reminder aku, khamis tu ada kelas PPB (bdk2 junior ckp ODE) dan sepatutnya dalam kelas tu ada mid test, dan semestinya bila ada midtest aku kena study, tapi nampaknya tak boleh nak integrate lagi reminder dengan apa yang perlu aku ingat….

dan secawan nescafe dah abes, maknanya aku kena bermula sekali lagi…

(harap-harap soalan x kejam sangat kali ni..)

berusaha AZMA!!!!!!

Comments No Comments »

hujan turun dari petang tadi lagi sampai la sekarang..
apakah langit terlalu berduka hinggakan ia masih menangis sebegini lama..
aku harap tangis langit akan berakhir walaupun pelangi tak akan muncul pada waktu malam begini…
senyumlah wahai langit..
dan kerdipkanlah bintangmu secerahnya..

Comments 1 Comment »