Archive for November, 2007

semalam aku pergi Seri Siantan (kat Selayang), tempat berlangsungnya program YATIM untuk fasi KKAA. pergi pukul 6.30 lebih kurang, sampai 7.10, solat maghrib, makan-makan kejap, solat isyak, then menyibuk masuk dewan jap (bilik actually).

mula-mula sepeti biasa pengenalan pasal YATIM (yang dah empat tahun aku dengar..hehe).. lepas tu bermula la ice breaking. sebenarnya aku tak dengar sangat pun pada mulanya, sebab ada kerja lain kat luar dewan. jadi masuk jenguk-jenguk kejap, then keluar balik. tapi sempat la dengar beberapa presentation (yeke?). perkenal diri dan segala bagai, then ’saya menggambarkan diri saya sebagai..’ sambil menunjukkan lukisan masing-masing (walaupun aku tak nampak satu lukisan pun kt kertas tu-sebabnya aku jauh di ceruk bilik tersebut).

ada roda la, laut la (dan sebetulnya aku hanya sempat dengar dua tu jek), dan aku berpaling kepada jimmy di sebelah.

aku       : kalo ko nk jadi apa?
jimmy   : kalo aku bagi kertas kosong jek (haha). ni la diri saya (haha)
aku       : haha

dan dalam diam-diam aku mula berfikir. kalau aku nak jadi apa?

dulu.

masa sekolah dulu kawan aku guna pepatung sebagai trademark dia, sebabnya dia kata pepatung adalah haiwan yang survive dari zaman dinasour sampai la sekarang, boleh adapt dengan persekitaran yang berubah setiap masa. dan lukisan pepatungnya sangat cantik!

dan aku mula mencari identiti sendiri (sebenarnya dah lama jugak). aku namakan dia an-namli. kalau yang belajar arab tau la. kalau yang tak belajar arab kita panggil dia al-semut. eh, xde la, semut jek. dan sign aku pun berupa seekor semut. yang kepala dan ekornya besar dan bulat (represent ‘a’ di awal dan hujung) dan ‘z’ dan ‘m’ adalah contengan badan dan kaki semut di tengah (anda boleh bayangkan?? huhu). hmm aku suka sign tu sebenarnya, tapi by time bila umur dan makin bertambah, cam dah tak sesuai, tapi an-namli tu bagi aku suatu kenangan.

dan apa yang aku nak sampaikan tak terbagitau lagi sebenarnya.
semut sebenarnya bagi aku menjadi lambang bersatu padu, usaha keras, tidak kenal putus asa, (dan yang sewaktu dengannya). masa kecik-kecik dulu (sampai sekarang pun), aku suka perhatikan semut, dalam kawanan ataupun sekor-sekor. tapi kalau lagi banyak lagi menarik. semut, bila berjalan atau berselisih dengan semut yang lain, pasti mereka akan bersentuh. dulu aku selalu bagitau adik,
"tengok, seremut* ssale (semut bersalam)".

kat mana-mana pun, semut apa pun, (terutamanya semut hitam dan semut merah yang kecik), bila berselisih macam tu, mereka pasti akan "bersalam". tapi sampai sekarang sebenarnya aku tak tahu apa yang berlaku. tapi itulah pemerhatian mata kasar aku, dan menjadi pegangan aku. tak kira la semut tu pernah terlanggar kaki semut lain ke, pernah terlanggar semut lain ke, pernah bermasam muka sebab ada masalah peribadi ke, tapi semut tu tetap bersalam.

pastu kalo ada jumpa bangkai lipas ke, nyamuk ke, kumbang ke, semut tu tak pernah nak makan sorang-sorang, eh silap, sekor-sekor, mestila dia ajak kawan-kawan dia sekali, dan walau sekecik mana pun, mesti sama-sama usung. kalo sekor semut tu bawak sorang-sorang, mesti la pastu ada yang lain datang tolong.

dan kita? fikir-fikirkan….

dulu.

dan kini…

nama blog ni sendiri dah azo_da_red_epal. (ejaannya sedikit mencacatkan, dan bahasanya pun rojak-tapi itu sekadar nama-dan sebutan ‘epal’ dan ‘apple’ tetap sama, kan?)

red-epal atau apple-merah (sekali lagi, kedua-duanya bahasa rojak-kalau tahu kat DBP mati aku), dari nama tu aku terima banyak reaksi orang.
"kenapa epal merah?"
"kenapa red apple?"
"kenapa epal?"
"kenapa bukan epal hijau?"

dan yang paling menakutkan,
"epal merah tu bukan lambang pembunuhan ke?"

isy isy, sampai ke situ pulak. tak de la aku pikir sejauh tu. epal tetap epal, dan bukannya epal beracun yang mak tiri snow white bagi kat dia..

dan azo pulak..
"azo tu apa?"
"azo tu sape?"
"azo tu pakwe ko ek?"
"kenapa azo?"
(yang ni aku tak akan bagitau apa kisahnya)

hmm.. susah jugak nak terangkan. tapi bagi aku epal adalah buah yang paling cantik. dengan merah yang menyilau, kilat kulitnya, lapisan lilinnya, manisnya, dan macam-macam lagi…dan penerangan yang lanjut susah aku nak jelaskan kat sini..

tapi kalau aku ditanya…(disuruh menyambung ayat sebenarnya)

"saya menggambarkan diri saya adalah…"

aku akan jawab, "POKOK!"

*masa kecik dulu aku panggil semut "seremut"..haha

Comments 2 Comments »

aku baru lepas membelek-belek buku Dale Carnegie(sekadar membaca secara ringkas), "Bagaimana menghindari kebimbangan dan memulakan kehidupan (How to stop worrying and start living)".

buku yang ditulis berdasarkan pengalaman beliau dan juga orang lain. (nama dan tempat dinyatakan secara jelas-aku harap itu memang kisahnya). bila aku meneliti kisah-kisah tersebut, apa yang berlaku dalam hidup aku selama ini sebenarnya tidaklah terlalu teruk.

sama kesnya dalam buku "Dare to Fail". kisah-kisah kegagalan yang dipaparkan kadang-kadang terlalu berat untuk ditanggung oleh sesetengah manusia, tapi untuk manusia-manusia sehebat itu (seperti dalam buku itu), cabaran itu bukanlah apa-apa bagi mereka.

yang paling aku suka dalam kedua-dua buku ini adalah kisah Helen Keller yang hilang kebolehan bertutur, penglihatan dan pendengaran (atau bahasa senangnya-buta, pekak, dan bisu), tapi menjadi inspirasi kepada berjuta manusia normal yang lain. sedangkan aku yang sempurna semua anggota, kadang-kadang terdetik juga rasa putus asa bila cabaran bertimpa-timpa. alangkah!

buku-buku ini (yang menurut seseorang (yang aku kenali) tidak berguna kerana semua itu sudah kita tahu), tapi bagi aku, memanglah kita tahu, tapi dalam kebanyakan masa kita lupa. bukan masanya untuk aku bercakap pasal "melayu mudah lupa" atau apa-apa (dan aku sangat benci ungkapan itu!!!), tapi  semua manusia dilahirkan dengan tabii macam tu, melupakan sesuatu perkara pada ketika tertentu, dan untuk mengelakkan keterlupaan itu, mengulang dan mengulang adalah cara terbaik. so, dari aku menghabiskan masa untuk perkara lain, lebih baik aku menghabiskan masa dengan buku-buku, walaupun dipandang pelik ramai orang.

berbalik kepada buku Dale (tajuknya terlalu panjang untuk aku ulang dan ulang tulis), teori-teorinya sangat menarik, yang kadang-kadang kita tak fikirkan, walaupun perkara tersebut berlaku depan mata kita setiap hari. dalam sehari, kita banyak memikirkan dan bimbangkan sesuatu dari memikirkan cara untuk mengatasi kebimbangan itu.

dan apa yang bolah aku rumuskan (dalam ayat aku yang paling teruk) lebih kurang macam ni,’ bila kita bimbangkan sesuatu, fikirkan kemungkinan yang paling buruk, dan yang paling buruk pun mati jek, tapi adakah yang kita buat tu boleh buat kita mati, mesti la tak. so buat apa kita bimbang lebih-lebih, sebab kita tak akan mati pun sebab perkara tu (HAHAHA) dan disebalik tiap-tiap kegagalan mesti ada satu peluang, sebab kegagalan adalah satu side dari keputusan, dan satu side lagi adalah kejayaan (Dare to Fail pulak)..

dan semalam, aku boleh ketawakan diri sendiri kerana bimbangkan perkara tersebut hampir sebulan lamanya, dan perkara tersebut berlaku dan berlalu dengan aman bahagia hanya dalam masa seminit!!

Comments 2 Comments »

Apa agaknya khabarmu di sana?

Di sini ku sedang dibelenggu rindu

Beginikah rasa seksa perpisahan

Sungguh anehnya hidup berasingan

Hati terasa bagai tertinggal di situ

Meskipun tubuh dah jauh beribu batu

Sesaat seperti tahun lamanya

Semasa kau tiada

Apa yang terdaya

Bila terasa rindu ku sebut namamu

Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur

Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan

Dan barulah ku terasa bagai disembuh

Jauh sekali hidup di sini berbeza

Beribu kali lagi ku selesa di sana

Tak sabar menantikan detik kepulangan

Namun hingga itu

Apa yang termampu

Bila terasa rindu ku sebut namamu

Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur

Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan

Dan barulah ku terasa bagai disembuh

Terlintas di fikiran untuk meminggirkan saja

Semua pencarian di sini

Tetapi ini sebahagian dari pengorbanan

Bekalan andainya hari sukar mencabar…..

Dsc01467

(teruknya lukisan ni kan…huhu.. contengan disaat hati bercelaru bila one piece of my heart is missing..^_^  )

 

Comments No Comments »

Rumah_diatas_bukit

rumah jauh di atas bukit
dan ceritanya tersendiri
rumah kecil di atas bukit
dan kisahnya tersendiri
rumah hijau di atas bukit
dan warnanya tersendiri
rumah itu di atas bukit
dan impianku sendiri

[seharusnya rumah besar di atas bukit]

Comments No Comments »

sedih betul aku jawab instrument ari ni..

en yazed duk berlegar-legar kat sebelah, tapi aku tak tahu nak tanya apa..

bila mula-mula nampak gambar rajah oxygenator, rasa cam epi jek.. tapi bila stat baca soalan, aku kene pikir balik betul ke aku patut epi..

defib yang langsung aku tak baca, memang menyedihkan..

tapi apa pun yang berlaku, instrument tetap dah berlalu..

kesian en yazed kena tanda kertas aku yang banyak kosong tu…

dan aku…?

hmmm….

Comments No Comments »

Dsc01586_1

for this entry, juz nak wish eppy bithday kepada zila, due, and epul..
thanks atas jamuan smlm…
semoga kalian terus berjaya dalam hidup, bahagia di dunia dan akhirat…
dan jangan biarkan ukhwah yang terjalin ini putus di tengah jalan..
slmt menempuh exam yang masih berbaki n berusaha untuk thesis buat semua bdk biomed..

happy birthday my frenz!!!

Comments 3 Comments »

jika ku tak bangun esok pagi
ada tak yang akan mencariku
jika ku tak bangun esok pagi
ada tak yang akan kehilanganku
jika ku tak bangun esok pagi
ada tak yang akan memanggil namaku
jika ku tak bangun esok pagi
ada tak yang sudi menziarahiku
jika ku tak bangun esok pagi
ada tak yang akan mengiringiku
jika ku tak bangun esok pagi
ada tak yang akan menangisi kepergianku
jika ku tak bangun esok pagi
ada tak yang akan mencatat namaku dalam diari
jika ku tak bangun esok pagi
ada tak yang akan menyemat namaku dalam hati
jika ku tak bangun esok pagi…

sekadar suatu perenungan dalam menikmati bilah hujan yang bertolakan berlumba menerpa jendela….

nazrenn A.M
10 november 2007

Comments 2 Comments »

siang tadi, aku ke mid valley. tujuannya nak jumpa kawan. tapi itu yang kedua. sebab

yang utamanya nak cari sebuah novel.(time-time exam camni?? hey azma..azma..)

siang tadi juga (sebelah pagi), secara tak sengaja tangan gatal-gatal menaip "faisal

tehrani" kat yahoo search. memang kalau tak ada kerja dan internet laju, itulah yang

biasa aku lakukan, kalau tidak membuka tehranifaisal.blogspot.com.. sekurang-kurangnya

masa yang ada dan internet yang tersedia tidak membazir begitu saja. dapat juga input

sedikit, kalaupun tak banyak. dalam duk mencari "faisal tehrani" keluarlah segala macam

perkara, ternampaklah ulasan-ulasan yang pelbagai pasal "Tuhan Manusia" dan "Bila Tuhan

Berbicara." ulasan BTB dah banyak aku baca sebelum ni, so aku abaikan seketika.

aku bukanlah seorang komentator sastera, dan aku tidak punya banyak pengalaman untuk

membuat apa-apa komen pasal tu. tapi komen-komen tentang tuhan manusia betul-betul

membuatkan aku teruja untuk membaca novel tersebut. nak cari kat library memang agak

mustahil la, jadi nak tak nak terpaksa la decide untuk beli jugak (walaupun sekarang

kewangan bukan pada tahap yang betul-betul mengizinkan, dan exam masih lagi ada 4

paper).

tapi sayangnya, tiba kat rak-rak novel melayu kat MPH, tiada satu pun Tuhan Manusia kat

situ. yang ada hanyalah beberapa novel-novel lain FT (hanyalah beberapa kalau nak

dibandingkan dengan novel norhayati berahim- aku sangat tak faham kenapa?). agak frust,

dan memang frust sebenarnya. satu-satunya novel FT yang aku ada dan baca adalah ‘cinta

hari-hari rusuhan’. dan lepas tu memang aku tak beli novel, apa-apa novel. teringin

jugak nak baca kombat, dan segala macam lagi, lepas ni mungkin.

kegilaan aku pada FT bermula bila aku mula baca tulisan-tulisan FT dalam Fokus SPM masa

form 4. sejak tu la aku kenal siapa FT, dengan tulisan yang cukup menarik dan bersahaja.

bukan main susah nak mencari ‘malam ini philadelphia menangis’, karya yang aku kira

cukup menaikkan nama FT pada awalnya. akhirnya, masuk UM barulah aku jumpa cerpen tu.

alangkah sedihnya….

aku ingat dulu kalau beli Fokus, page pertama yang aku cari adalah artikel FT. dan

artikel yang paling aku ingat sampai sekarang,"selepas glamour, apa..?", dan jugak

ayatnya," glamour tu adik-adik, adalah tanggungjawab. kita glamour tu sebab kita ada

tanggungjawab.." (lebih kurang la) dan aku ingat pesanan tu sampai sekarang.

bila keluar ‘cinta hari-hari rusuhan’, antara novel-novel awal FT, memang aku cukup teruja untuk

membaca. dan memang kepuasan yang tak terhingga bila selesai membaca (biarpun semua

kawan-kawan aku cakap tak suka, tapi aku akan tetap suka FT). suka aku kepada karya FT

lain dan suka aku kepada a.samad said lain. dan suka aku kepada karya orang lain juga

lain. dan keberanian FT memang aku sangat tabik!

aku harap lepas exam ni boleh la aku baca Tuhan Manusia, dan berbaris-baris karya FT…

bersabarlah azma, 4 paper lagi..

alahai Faisal Tehrani…

Comments 2 Comments »