Archive for April, 2008
Kalau ditanya
kepada 10 orang normal, semua pasti menjawab, ’Gila!’
Memang tak akan
ada orang yang terlepas dari kandang singa akan lari menyelamatkan diri ke
kandang harimau. Memang tindakan yang tak masuk akal. Aku rasa semua orang tahu
itu. Melainkan memang orang tu kerjanya memberi makan kepada singa dan harimau.
Yang selainnya, tiada siapa yang rajin-rajin untuk melawat harimau lagi, kalau
dah tahu singa itu berbahaya.
Jadi, apabila ada
yang cuba ’menuduh’ aku begitu, sedikit sebanyak hati aku terusik jua. Ingat
aku ni tak waras ke apa. Aku masih tahu berfikir. Masih tahu menilai itu adalah
singa dan itu adalah harimau. Aku tidak akan membodohkan diri sendiri untuk
berkawan dengan harimau lagi sedangkan aku tahu singa itu berbahaya, apatah
lagi singa dan harimau itu memang dari spesies yang sama, spesies pemangsa.
Pemangsa yang tak kenal mangsa.
Kadang kala kita
hanya bercakap untuk melepaskan diri sendiri, tanpa mahu menilai sedikit pun.
Menilai kebaikan orang sebagai sesuatu yang tak boleh dipercayai, apatah lagi
untuk menilai keburukan orang. Memang tak pernah memberi kredit untuk
orang lain, yang kita tahu,’ I’m always right. Aku sentiasa betul untuk apa jua
situasi.’
Jinak-jinak harimau, tetap ada taring pada giginya.
Jinak-jinak si singa, tetap raja rimba. Andai terlepas dari kandang singa,
jangan sesekali masuk ke kandang harimau.
No Comments »
saat kali pertama aku membelek Edensor di MPH Midvalley, hanya satu yang terdetik dalam hati aku. Wow!
memang hobi aku bila ke mid valley, mesti singgah di MPH, jenguk novel-novel baru (walaupun xpernah beli), belek-belek buku faisal tehrani, tengok-tengok buku yang best kat ruangan novel sastera.
kali pertama aku melihat edensor (penulisnya andrea hirata), aku sangka ia novel jepun yang diterjemah ke bahasa melayu. kali kedua, aku ingat edensor ditulis oleh penulis melayu. kali ketiga barulah aku tahu edensor itu novel yang ditulis oleh penulis indonesia bernama andrea hirata yang diterjemah ke bahasa melayu.
bahasanya sungguh memikat hati aku. itu aku pasti. sebabnya aku terpaku untuk membaca beberapa bab, sebelum sedar yang aku dalam hambatan masa, memaksa aku menutup novel tersebut, dengan satu pertanyaan, bila aku nak beli novel ni. (dalam keadaan kekangan kewangan yang kritikal. huhu)
dan suatu hari, bila aku surf kt internet, jumpalah satu pdf yang berjudul edensor.(rupanya aku ini salah seorang penyokong lanun jugak) huhu. tapi sayangnya, pdf tersebut dalam bahasa indonesia. mestilah agak lain penerimaan otak aku untuk mentafsir keindahan bahasa indonesia. semestinya aku lebih suka menghayati bahasa sendiri. tapi tak apalah, janji aku dapat baca edensor.
dari edensor aku belajar mengenali ikal, mengenali weh, mengenali arai. disaat aku sedang mengalami kejatuhan, sungguh aku teruja dengan semangat arai. yang cukup kental semangatnya. yang setia memburu cintanya pada orang yang tidak mencintainya selama lebih sepuluh tahun, yang hidup keseorangan yatim piatu, dan tidak pernah letih memburu cita-citanya. aku ingin jadi sekuat ikal, setabah arai.ikal yang sukakan cabaran, ikal yang bencikan kesenangan.
dari edensor, aku beroleh kekuatan. dari edensor aku belajar untuk berjuang. dari edensor, semangatku (pada yang satu itu) terus membara. dari edensor, aku tahu, tidak salah untuk memburu mimpi, mengejar pelangi.
3 Comments »
kita diajar dari kecil, andai bersalah, perlu meminta maaf. kita juga diajar dari kecil, bila orang minta maaf, kenalah maafkan orang, kalau dia betul-betul dh sedar kesalahan. sedari kecil, kalau bergaduh, sering kita diingatkan, tak boleh gaduh lebih dari tiga hari, Nabi (saw) tak suka orang agduh lebih dari tiga hari. Tuhan marah kalau gaduh lebih dari tiga hari. lalu kita, semasa kecil dulu, minta maaf dengan orang yang kita gaduh, sebelum cukup tiga hari. sebab tak nak Tuhan marah.
semakin menginjak dewasa, semakin banyak orang yang kita temui, semakin banyak perangai yang kita terpaksa depani. semakin juga kita mementingkan diri. andai ada sedikit salah faham, buat apa nk mintak maaf, bukan salah aku. dia yang patut minta maaf. akhirnya, sampai beberapa lama tak bertegur sapa. puncanya hanya perkara kecil. tapi masing-masing semakin ego. sudah lupa ajaran masa kecil dulu. tak boleh gaduh lebih dari tiga hari.
tidak salah untuk kita menghulur salam kemaafan, walau puncanya bukan dari kita. sebabnya, walau tak banyak, sedikit pasti ada salah kita. kalau tak, orang tak akan bertindak begitu.
tapi alangkah sakitnya bila orang yang bersalah, dan kita merendah diri memohon maaf, tapi tetap dilayan seperti sampah. seolah-olah kita dah buat kesalahan yang maha besar. yang tak terampun.
maafkanlah… andai hatimu pernah disakiti maafkanlah… andai hatimu pernah dilukai maafkanlah… andai hatimu masih dilukai maafkanlah… andai hatimu tetap dilukai biarlah Allah yang membalas semua perbuatan yang melukakan hatimu…
pohonlah maaf… andai kau pernah melukai pohonlah maaf… andai kau pernah menyakiti pohonlah maaf… andai kata-katamu melukakan insan lain pohonlah maaf… andai bicaramu mengalirkan tangis insan lain pohonlah maaf… andai perbuatanmu menzalimi jiwa yang terluka pohonlan maaf…
maaf tidak akan merendahkan martabatmu maaf tidak akan menjatuhkan darjatmu maaf tidak akan menghinakan diri mu..
tidak salah untuk mengaku salah sendiri tidak salah untuk menerima silap orang lain…
maafkan aku teman… maafkan aku kawan.. maafkan aku (buat semua yang terluka keranaku..) semoga Allah mengampuni dosaku…
2 Comments »
Aku belajar untuk melupakan kenangan dengan melalui kenangan itu sekali lagi. Memang sukar untuk aku hadapi pada saat itu, tapi bila aku berjaya lalui, sedikit sebanyak itu menandakan aku semakin tabah melalui hari-hari. Aku perlu mendepani kenyataan walau dengan apa cara sekali pun. Dengan cara itu, aku akan terus belajar. Walau terjatuh, walau terluka parah, walau berbekas parut luka itu, tapi itulah bukti yang aku sedang melalui kehidupan.
Walau tidak lagi sama seperti dulu, matahari pagi masih memancar indah kepadaku. Walau tidak lagi sama seperti dulu, angina dan pepohon masih melambai kepadaku. Walau tidak lagi sama seperti dulu, burung masih berkicau kepadaku. Walau tidak lagi sama seperti dulu, langit masih biru, pepohon masih hijau, awan tetap putih bersih.
Walau tidak lagi sama seperti dulu, kehidupan tetap ada untukku. Walau tidak lagi sama seperti dulu, aku masih ada Tuhan Yang Satu. Walau tidak lagi sama, aku perlu bangkit, mencipta kehidupanku.
’Adakah sama orang yang berusaha dengan orang yang tidak berusaha?’
2 Comments »
Hakikat hidup memang tak dapat diubah. Itu hakikatnya. memang sukar untuk menerima hakikat, apatah lagi hakikat yang kita tak jangka, apatah lagi yang kita tak inginkan sama sekali. Tapi yang berlaku, tetap akan berlaku. itu ketentuan Tuhan. Tidak pernah terlewat atau terawal walau sesaat pun. suka atau tidak, rela atau paksa, ia telah berlaku dan tidak boleh diubah sama sekali. keluar air mata darah sekalipun, tangis aku tidak akan mengubah hakikat itu.
Kehilangan adalah detik yang cukup memeritkan. Perit untuk dilalui, perit untuk dihadapi, perit untuk diingati dan sangat perit untuk dikenang. Selama ini, sering aku mengingatkan diri, supaya tabah menghadapi ujian hidup. Kegagalan bukanlah bermakna esok tiada lagi. Tapi apabila tiba detik kehilangan itu, buat seketika, aku hilang arah. Hilang pedoman hidup. Kewarasan aku letak dihati, bukan di fikiran. Tindakan dihujung jari, bukan dari akal. Betapa lemahnya iman hamba-Mu ini ya Allah.
Apabila aku merenung kembali, betapa banyak dosa melingkari diri. Saat bahagia, sering terlupa, itu anugerah tidak terhingga. Apabila diuji seketika, baru kusedar, terlalu lama aku berbahagia rupanya. Tidak bolehkan aku bersabar untuk ujian yang sedikit cuma. Derita yang datang hanya untuk membersih jiwa. Sedar diri kerdil cuma. Aku insan biasa tak punya apa-apa. Hamba Yang Maha Esa, Yang Berkuasa ke atas segalanya. Ku tadah tangan yang kecil ini, Ya Allah, berilah hambaMu ini kekuatan, berilah hambaMu ini ketabahan, tunjukkanlah aku kebenaran.
Sungguh aku bersyukur, punya teman-teman yang berdiri di sisi. Walau lama tak bersua, rupanya aku masih diingati. Sekian lama tidak bertemu mata, rupanya teman tetap teman sejati. Apabila hati menangis, apabila jiwa terusik, apabila berat menanggung derita, apabila keseorangan menanggung sengsara, rupanya di situlah ada teman yang menemani.
Apabila satu pintu kebahagiaan ditutup, pintu yang lain dibukakan. Tapi kita terpaku terlalu lama dihadapan pintu yang ditutup, sehingga melupakan pintu kebahagiaan lain yang dibukakan.
Aku percaya, Tuhan mengambil dariku, untuk Tuhan ganti dengan yang lebih baik. Kalau Tuhan kembalikan ia kepadaku, aku percaya, itu juga yang terbaik untukku. Aku memahami hatiku, tapi Tuhan lebih memahami, dan Dia mempunyai semua perancangan utnuk hidupku.
Hari ini, aku perlu bangkit dari lembah kesedihan ini.
4 Comments »
|