Archive for August, 2008

akhirnya tiba jua detik 8 pagi lapan ogos 2008. perasaan tak tergambar dengan kata-kata, tak terluah dalam ayat. akhirnya aku beroleh jua segulung ijazah.

namun di saat pro-chancellor mengumumkan penganugerahan ijazah, air mataku menitis jua..

emak tiada di dewan itu. emak tidak sempat melihat aku memegang skrol. emak tidak sempat menyaksikan aku memakai jubah dan topi empat segi. emak pergi hanya dua hari selepas aku habis exam terakhir. emak pergi sehari sebelum aku membentangkan tesis, bersama impiannya, bersama harapanku, bersama cita-citaku..

untuk emak, segulung ijazah aku persembahkan.. tapi tetap tak akan dapat membalas walau sekelumit segala jasa emak..

keluar dewan, air mata ayah menitis, air mata kakak menitis, tapi aku tabahkan hati.. cukuplah.. aku doakan emak bahagia di sana.. amin..

kepada kawan-kawan seperjuangan, kepada lecturer yang dihormati, kepada semuanya, terima kasih atas jasamu, kenangan yang tak akan kulupakan..

tahniah untuk semua yang bergelar graduan..

Comments 3 Comments »