Archive for November, 2008

kali pertama, aku tahu istilah backpacker semasa aku tingkatan lima. masa tu, backpacker terlalu asing di malaysia rasanya. aku terbaca satu rencana di akhbar, tentang backpacker, seorang engineer berasal dari kota bharu, dan hujung minggunya dihabiskan dengan mengembara. namanya, aku lupa. diam-diam, aku memasang impian, suatu hari aku pun nak jadi backpacker.

dari sehari ke sehari, impian aku sekadar impian. satu, aku langsung tiada pengetahuan. dua, aku masih belum ada kedudukan kewangan yang kukuh. tiga, aku berumur kurang dari 20 tahun lagi ketika itu. empat, aku seorang perempuan. lima, aku keseorangan. enam, aku tiada pengalaman. tujuh, aku tiada sokongan. lapan, sembilan, sepuluh, dan puncak untuk segalanya, aku masih tiada keberanian!

aku sangat kagum dengan backpackers. apatah lagi sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, apabila berjalan keseorangan di kota bharu, sering aku melihat papan tanda, ‘hostel pengembara’, ‘hotel jimat’, dan segala macam istilah, khusus untuk backpackers. aku terpesona melihat foreigners keluar masuk dengan backpack yang kadang-kadang lebih besar dari orangnya. aku tergoda melihat kumpulan-kumpulan kecil manusia berjalan dengan peta di tangan, berhenti bertanya kepada penduduk setempat arah perjalanan. tersilap tanya, kadang-kadang kepada pakcik pemandu teksi sapu yang langsung tak tahu berbahasa inggeris! indahnya menjadi backpackers. haha. dan kadang-kadang aku berjalan tanpa tujuan di kaki lima hotel-hotel murah di jalan tok hakim hanya untuk melihat backpackers. aneh!

pantang diajak, aku suka berjalan-jalan melawat tempat baru. tak kisahlah terpaksa berhabis sedikit. tapi sayangnya, bukannya secara backpacker.

dan satu lagi, pantang disebut pasal hiking, aku menjadi orang pertama mengangguk setuju, walaupun stamina takde lah sekuat mana. pengalaman takdelah sebanyak mana. tapi yang penting keinginan dan keterujaan yang meluap-luap . aku suka berada di tempat tinggi. aku suka serasi dengan alam. aku bahagia dalam pelukan rimba. aku lebih menghargai kehidupan, dan aku rasa lebih dekat dengan Pencipta, dan lebih kenal diri sendiri. (sesuatu yang agak aku kesalkan ~ aku tidak ke chamang semasa 3rd year apabila klinikal memaksa aku memilih antara tanggungjawab dan impian~)

suatu hari, aku akan mengembara. bila, ke mana, itu rahsia aku sendiri. yang penting, berjalan, meneroka, memerhati dan mengembara.

(dan bagiku ~ lelaki dengan backpack sangatlah hensem walaupun yang sebenarnya takde lah hensem sangat. haha. dan itulah lelaki sejati ~ remember, this is my blog, so this is my opinion~ LOL!)
note: usai membaca edensor, keinginan aku semakin meluap-luap ;~

Comments No Comments »

suatu pagi di lab MedE..

pertama

puan anida datang, bahagi2 siapa akan buat lab mana.. dan tiba-tiba, azma awak tak hantar lab endoscopy ekk..

dah puan, kitorang hantar sekali semua..jawabku

tapi xde pun, ada tiga jek..

hmm.. aku pendekkan cerita, lab report yang kitorang hantar minggu lepas hilang satu, maknanya ada tiga saja. mesti la aku frust jugak. it’s all about trust jugak sebenarnya. tapi aku janji dengan puan if tak jumpa kitorang akan hantar semula. sedikit mood pagiku terjejas.

kedua

kitorang kena buat lab ECG guna modul untuk arrhythmia. lab yang paling cerewet antara cerewet. pergi dekat modul biasa ada orang guna. jadi aku cari yang lain. ada la terpesorok satu dekat endoscopy. kitorang buat yang tu.

dan lepas pasang-pasang, lepas aku connect dengan oscilloscope, tetiba ada satu bau yang luar biasa. aku off kan oscilloscope. bau still ada. tetiba asap putih keluar dari bawah modul. gosh! aku dah buat apa? cepat-cepat aku off, cepat-cepat aku panggil technician. mood pagiku semakin terjejas.

ketiga

aku cari modul lain. aku biarkan yang terbakar itu. jumpa satu. sambung kat oscilloscope. tak dapat apa-aapa bacaan pun. tukar itu, tukar ini, akhirnya aku buat kesimpulan, oscilloscope itu sudah rosak. tukar yang ain, juga rosak. dan mood pagiku juga sudah rosak.

empat

aku cari user manual ultrasound. nasib baik dah tak ada orang guna. tapi hati aku bukan di lab lagi. aku tengok saja tia buat. aku tolong-tolong belek. aku tolong-tolong baca. tapi aku dah malas nak buat apa-apa.

besok aku akan buat lab ECG lagi.

(off record~ aku pergi balik dekat modul yang terbakar. aku ingat nak ambik oscilloscope tu. tetiba aku nampak satu tag ~ UNDER REPAIR!)

Comments 1 Comment »

aku baru kembali dari KL semalam. trip yang sangat memenatkan, tapi cukup menyeronokkan aku. jadi kepenatan itu secara automatik dineutralkan oleh perasaan yang mengujakan. nasib baik jeff sudi menghantar ke batu pahat, selepas kelas berakhir pukul 5.30 dan bas aku bertolak pukul 6.30. sampai di KL pun mujurlah ada epul dan sofi yang menunggu. kalau tak susah jugak mengharapkan LRT pada waktu malam.

sebetulnya aku mengharapkan perjalanan aku ke KL selama tiga jam berbaloi. dan memang pun. walaupun hanya aku yang masih belum berkerjaya antara 44 orang coursemate aku, aku berasa tetap dalam kalangan mereka, dan masih belum terpinggir sepenuhnya. persahabatan memang sesuatu yang unik. what u give u get back. itu yang sering aku ulang dan ulang ingat kepada diri sendiri. kalau suatu hari kawan aku sudah lupakan aku, itu mungkin salah aku sendiri. mungkin berlaku kes-kes terpencil bila aku dah totally lupa orang tu, tetiba orang tu masih ingat aku. seharusnya aku sangat-sangat bersyukur kalau ada kawan yang sesetia itu.

walaupun ramai yang balik kampung, ada lagi tim, biah, syasya, epul, sofi, due, kimi dan zila menemani. walaupun tak sempat jumpa fazah yang balik ke perak, almas yang busy dengan seseorang (hehe.. jgn marah mas), masma yang lari balik BP, dan mohsein yang hilang khabar berita, tapi tetap ada story dari internet bergerak yang lebih laju dari celcom broadband. seronok jugak dengar cerita orang yang semuanya dah berkerjaya. semuanya cakap pasal kerja. dan aku, tetap dengan cerita biasa, selepas empat tahun….

kadang-kadang sedih jugak bila aku nak jumpa orang tu dan orang tak nak jumpa. buat tak tahu jek bila aku cakap nak datang KL. tapi tak apalah, setiap orang ada hal sendiri. setiap orang ada masalah masing-masing. dan setiap orang ada pilihan masing-masing.

dua hari di KL aku rasakan terlalu sekejap. belum puas aku menatap UM. memang berbeza. dan sangat berbeza. sebenarnya UM tetap sama, hanya aku yang melihat dari sudut pandangan berbeza. dan kini barulah aku menghargai betapa indahnya UM dalam memori aku. cuma aku tidak sempat untuk ke court volley. semua telah balik kampung dan court telah sunyi. mungkin bukan rezeki aku kali ini.

entah bila aku akan kembali ke KL lagi. mungkin tiga minggu lagi, mungkin tiga bulan lagi, mungkin tiga tahun lagi.

Comments 3 Comments »

finally aku berjaya mendapatkan dua buku impian aku ~ laskar pelangi dan edensor! walaupun aku masih belum mempunyai sang pemimpi, aku rasa mungkin dalam bulan depan, paling lewat. selama setahun aku asyik membelek-belek setiap kali ke MPH atau ke pekan buku, barulah sekarang berada dalam tangan. huhu

memang aku sangat teruja membaca laskar pelangi. sayangnya aku tak sempat ulang, kawan aku nak pinjam dulu. jadi sebagai seseorang yang sangat suka berkongsi buku, aku lebih mengutamakan kepentingan dia dari kepentingan sendiri. lagipun lain kali aku boleh ulang dan ulang baca.

edensor aku baru beli dua hari lepas, dan masih belum sempat untuk menghabiskan lagi. lagipun sebahagiannya sudah aku baca dulu, jadi passion untuk tahu jalan ceritanya tidaklah terlalu tinggi. edensor pun mungkin tidak sekompleks laskar pelangi susanan ayatnya. jadi aku tidak perlu menghabiskan terlalu banyak masa untuk memahami.

aku boleh tertawa dan menangis dalam masa yang sama bila membaca laskar pelangi. aku selalu tertawa dengan cerita harun (mengikut pandangan dan tafsiran penulis). aku dapat bayangkan macam mana sahara berada dalam golongan yang semuanya lelaki. namun yang paling aku kesalkan ialah nasib lintang yang berakhir sebegitu tragis. manusia genius seperti itu hanya menghabiskan sisa hidupnya sebagai pemandu lori! itulah belenggu sebuah kemiskinan. itulah kejamnya sebuah diskriminasi.

aku banyak terinspirasi dengan cerita-ceritanya. review, mungkin dalam post akan datang.

Comments 2 Comments »

sejujurnya aku sangat-sangat terganggu minggu ni. mungkin salah aku sendiri. mungkin juga keadaan yang berlaku menyebabkan aku jadi macam tu. benarlah kata suatu puisi yang aku petik dari buku memeluk gerhana, ‘kebenaran itu lebih tinggi dari kejujuran hati’.

semalam makan dengan azah dan fahkri, melangsaikan janji pada fakhri yang belum tertunai, walaupun dia mati-matian menolak. (tapi sorry la fakhri nasi goreng paprik tu not as good as i expected before. huhu).. i ask him about something, coz i really wanna know what is the fact, actually bukan fact jugak sebenarnya, tapi perkataan yang lebih jujur, ‘kebenaran’. aku sebetulnya nak memahami sedalam-dalamnya, bukan setakat menghukum, tapi aku rasa aku tak akan faham sampai mati pun.

biarlah, aku tahu itu di luar kuasa aku. sampai mati pun aku tak akan faham. kata seseorang, hanya yang sepertinya akan memahami. dan sepatutnya aku tak perlu tahu apa-apa pun. dan tak perlu ambik inisiatif untuk tahu.

minggu ini masih memberi kesan kepada aku. bila akan berakhir? aku harap dalam masa yang paling dekat.

fakhri cakap, kitorang kan ada, boleh happy kan akak..

nik cakap, normallah azma macam tu..

aku cakap, tak tahu nak cakap apa…….

p/s: aku tak tahu kenapa aku letak tajuk tu. yang pasti langsung xde kena mengena dengan post ni

Comments 5 Comments »

Memilih antara kebenaran

Dan kejujuran hati

Umpama meletakkan pedang

Pada leher kawan sejati

Memilih antara hidup dan mati

Ketika cita-cita masih mentah

Dan hidup di hujung waktu

 

Suatu waktu aku harus memilih

Antara kejujuran

Dan sebuah kebenaran

 

Andai mentari di ufuk senja

Biarkan ia melabuhkan cahaya

Andai pepohon layu

Biarkan ia gugur dan luruh

Andai angin meniupkan debu

kubiarkan ia membawa segalanya.

Comments No Comments »

i got so upset today. very-very upset. tapi aku tahu walau apa pun berlaku aku tetap kena teruskan hidup. walau apa pun. walau apa pun.

i got upset.

i got upset.

i must move on.

i must move on.

i must move on.

i must.

Comments 1 Comment »

hari ni lan start exam. semalam aku cuba call dia. tapi tak dapat. jadi aku hanya mesej dia, ucap good luck. tapi dia tak balas pun mesej aku. aku tahu apa sebabnya. dan aku tak harapkan dia balas mesej aku. aku harap dia baca mesej aku. dan aku harap dia dapat jawab exam dengan baik.

hari ni juga birthday lan. tapi dia tak ada kat sini. jadi pagi tadi aku call dia. nak ucap selamat hari lahir. dia angkat jugak walaupun lambat. sebabnya aku tahu. semestinya baru bangun tidur. haha. jadi aku ucapkan selamat hari lahir.

sudah lebih sebulan aku tak jumpa lan. aku tahu dia pasti merindui aku. walaupun dia tak pernah cakap tapi aku tahu. hanya aku yang selalu bersamanya. hanya aku yang tahu susah senangnya.

lan sudah balik sabtu lepas. ada interview. besok katanya. aku harap dia berjaya. dan bila lan akan kembali, aku tak tahu. hehe

semoga lan berjaya dalam examnya.

semoga lan berjaya dalam interviewnya.

note: lan yang italic ialah adik aku azlan. lan yang satu lagi ialah lan kawan aku, mazlan =)

lan; we are waiting for ur secret recipe

lan; we are waiting for ur secret recipe

Comments No Comments »

Saat hujan turun mencurah dan aku bersendirian tanpa sebarang komitmen adalah waktu paling mendamaikan dalam hidup. Bunyi hujan menghentam atap, desir angin meningkah dedaunan, guruh sekali sekala jauh berdentum, bagiku tetap ada kedamaian di situ. Menikmati hujan. Itulah yang selalu aku tegaskan, namun pasti disambut gelak tawa sinis yang lain. Aku tidak kisah, malah tidak pernah ambil kisah. Setiap orang mempunyai pandangan berbeza-beza.

 

Dan hari ini, 15 november 2008, detik 3.34 petang, aku di tepi jendela, memerhatikan bilah-bilah hujan. Hujan membangkitkan satu macam perasaan. Menggamit memori silam, membawa aku membelah waktu merenung masa depan. Hujan menerbangkan aroma menyegarkan. Bau tanah yang menyejukkan perasaan.

 

Dahulu, sewaktu kecilku, aku menunggu hujan. Hujan yang sangat lebat. Aku duduk di muka pintu, membiarkan tempias mengenai mukaku. Paling menghiburkan melihat hujan terliuk ke sana ke mari mengikut angin. Dan pohon bergoyang seolah mahu tumbang tidak mampu menahan ribut. Itulah pemandangan terindah buatku. Pelik.

 

Duhulu juga suatu waktu, aku pernah mengutuki hujan waktu petang. Sebabnya itulah masa aku ke gelanggang. Dan hujan membantutkan niatku yang berkobar. Hampir aku terlupa hujan itu rahmat dari Tuhan. Hampir aku terlupa hujan pemberian tak ternilai. Seorang rakan mengingatkan, tidakkah kau tahu betapa banyak makhluk yang memerlukan hujan, dan hujan itu adalah kurniaan. Aku mula menikmati hujan semula.

 

Aku selalu memetik punat kameraku di tepi tingkap di saat hujan turun. Tapi tak pernah ada yang menggambarkan hujan selengkapnya. Hanya bayang pohon terliuk lentuk. Hanya lopak air bergenang di atas tanah. Aku tidak mahu itu. Aku mahu melihat bilah-bilah hujan yang berlumba kelajuan. Tapi akhirnya aku pasrah, aku tidak pernah dapat merakamkan hujan. Hujan itu anugerah.

 

Bau tanah selepas hujan juga pernah membawa kenangan yang sangat memilukan. Dengan bau tanah selepas hujan, matahari memancar terang pada waktu menghampiri tujuh petang, aku tak akan pernah lupa waktu itu. Tapi aku tidak pernah menyalahkan hujan. Jauh sekali menyalahkan Tuhan. Bau tanah selepas hujan, bergaul dengan kepiluan, aku masih ingat betapa tegaknya adik tidak mahu pulang, memerhatikan pusara ibu yang kaku. Bersama bau tanah yang basah.  

 

Aku tidak pernah menyalahkan hujan. Hujan tetap mendamaikan.  

                                                                                                        

Comments 1 Comment »

benda paling glamour sepanjang 4 minggu aku kat sini, SWOT analysis. benda tu yang diulang-ulang dan ulang-ulang lagi. masuk kelas entrepreneur en rahman pun cakap pasal SWOT. pegi sekakap pun ada SWOT. dalam LDK memang dengar SWOT je. masuk kelas interpersonal mungkin xde, seingat aku mungkin xde (sebab aku lebih ingat benda lain. haha.. tapi rasanya memang takde.) dan last sekali masuk kelas effective communication ari tu kena buat SWOT. dan insan yang paling bertuah dan malang pastilah aku- setiap kali masuk kelas mesti kena present.

tapi mungkin banyak membantu jugak. secara tidak langsung dapat membantu aku untuk menganalisis diri sendiri. masa kat sekakap dulu, one of my friend talk about my weaknesses. dia cakap aku mudah simpati dan mudah tersentuh. hanya dua tu saja. maknanya dalam masa empat hari tu dia masih belum kenal siapa aku sedalam-dalamnya. mungkin juga aku menyembunyikan kelemahan diri. mungkin juga memang aku takde kelemahan. haha. kenyataan yang last tu memang misi mustahil.  

tapi komen pasal mudah tersentuh dan mudah simpati tu, aku tak tahu nk kategorikan dalam group mana. S ke W. tapi aku rasa la (aku rasa jek, bukan directly aku tanya dia), dia komen camtu lepas aku cerita pasal diri aku semasa sesi What i want in my life. tapi aku tak kisah apa pun komen dia. dan dia selalu ingatkan aku. u are too kind azma. u can be kind, but not too kind. later u’ll regret it. kata-kata dia ada betulnya. sebab sometimes orang suka mengambil kesempatan. tapi lepas terkena sekali hari tu, aku tak akan jadi too kind lagi.

dan masa tu jugak, diorang cakap aku berani, (dan kenyataan yang sewaktu dengannya, aku tak ingat exactly apa dia), dan aku agak surprise sebenarnya. frankly, aku agak pasif masa mula-mula sampai sini. but then bila dah start aktiviti, berkembang dari small small group dalam entrep, gaduh-gaduh pasal bp semua, sehinggalah ke sekakap, akhirnya tetiba aku jadi outspoken. betullah orang kata, kalau kita selalu bagi galakan kat orang tu, self esteem akan meningkat. kalau kita asyik downkan orang, lama-lama orang akan down jugak. dan sejujurnya aku perlu berterima kasih kepada sesetengah orang (sukar untuk aku sebutkan nama.. hehe), yang mengingkatkan keyakinan diri aku, bahawa aku bukanlah selemah yang aku sangka.  

aku selalu ingat apa dr arif cakap, try to be outstanding. biar orang kenal kita. bina networking sebanyak yang mungkin. dan aku ingat apa yang dr asri selalu cakap, try to be good and be confident. bermula dari LDK, sehinggalah kepada interpersonal, aku merasakan sesuatu yang baru dalam diri aku. aku harapkan semua ini akan berterusan. memang tidak salah untuk aku moving one step backward, mencari momentum untuk aku berlari lebih laju.

dan tadi, aku dah berjaya construct litar buat kali pertama dalam hidup! haha

Comments No Comments »