making decision-membuat keputusan- adalah antara ciri terpenting seorang pemimpin dan orang-orang berjaya. namun aku, kadang-kadang masih terkapai-kapai membuat keputusan, walaupun untuk diri sendiri. dan bukan masalah aku seorang sebenarnya. walau ketika keluar ‘hang out’sekali pun, perkara yang paling susah untuk difikirkan ialah, ‘kita nak makan kat mana?’. dan jawapan biasa yang aku dengar, malah hampir setiap kali, ‘entah, aku tak kisah.’ dan kalau yang ada itu empat orang, empat jawapan yang sama akan didengari. kadang-kadang aku mengambil keputusan senang, ‘ok, i decide.’ tapi kadang-kadang aku pun turut sama terjebak, ‘aku pun tak kisah, kali ni orang lain decide.’
itu baru bab makan. belum lagi bab-bab lain.
aku teringat kelas biochem bersama encik adib masa first year dulu. setiap kali kelas biasanya akan berakhir dengan quiz, minus marking format, dan pilihannya adalah true or false! maknanya if u are right, u win, and if u are wrong, u die! salah pilih,silap buat keputusan, sehingga kadang-kadang dapat 0 markah, atau lebih teruk, markah minus.
dan kehidupan pun begitu sebenarnya.
membuat keputusan sebenarnya menentukan hidup dan mati. dan sebenarnya dalam membuat keputusan untuk sesetengah perkara, kita perlu mengikut pertimbangan sendiri. common sense. perkara pertama yang terlintas di fikiran kita biasanya itulah yang terbaik. memanglah seperti yang aku belajar dalam kelas critical thinking, kita tetap perlu membuat analisis PMI (plus-minus-intermediate) untuk semua keputusan yang kita buat. tapi berdasarkan pengalaman aku dalam banyak perkara, ‘naluri’ itulah yang menentukan baik buruk keputusan kita. the sixth sense, itulah kata orang.
aku pasti setiap orang pernah tersepit dalam situasi yang memerlukan kita membuat pilihan dan keputusan. aku sendiri- antara keputusan yang paling sukar untuk aku tentukan- masa nak masuk matrik dulu. masa tu aku mati-matian nak ambik sains fizikal, sebabnya masa tu kegilaan aku pada F1 tengah meluap-luap. rancangan aku, nak ambik fizikal dan ambik mekanikal. dan memang impian aku sedari kecil adalah menjadi engineer, tapi aku tak sempitkan fieldnya, janji aku akan jadi seorang jurutera!
pada masa itu.
seluruh keluarga dan kaum kerabat aku mati-matian suruh aku ambik hayat, sebabnya diorang nak suruh aku jadi doktor. (dua kerjaya yang aku paling ingin elakkan sejak aku kenal apa itu pekerjaan ialah peguam dan doktor!). memang aku sangat-sangat tersepit waktu itu. memilih antara cita-cita sendiri dan harapan mak ayah aku, aku pengsan kat tengah. lepas tau result SPM, hampir tiap-tiap hari kena brainwash dengan kakak aku, dan kalau lebih rancak, kakak-kakak aku. antara F1, enjin, speed dan darah, akhirnya aku buat keputusan pasrah. dapat fizik aku go on dengan fizik, dapat hayat, aku teruskan dengan hayat. berkorban sedikit untuk orang yang banyak berkorban untuk aku.
dan bila masuk ke KMNS, Narul Azma Mamat - jurusan: sains hayat. gosh! aku rasa macam nak mati. tapi sebab aku dah berjanji dengan diri sendiri, aku tunaikan. azma belajar bio lagi. dan babai fizik…
day by day, aku mula untuk terima hakikat- i’m going to be a doctor- scary nye bila aku bayangkan aku terpaksa bedah-bedah orang, jahit-jahit orang, menentukan hidup dan mati orang-orang, tak payah cakap lah. even masa bedah tikus pun aku terketar-ketar dan aku terpotong arterinya dan darah memenuhi seluruh rongga dada tikus tersebut. God, aku tak nak jadi doktor!!
result sem 1 aku dah mengecilkan kemungkinan aku untuk jadi doktor. huhu. luckily..(not that lucky actually, sebab aku tetap nak A for bio, and i juz get 3.88- siapa yang nak result sebegitu?!). tapi sebenarnya aku dah mula suka belajar bio- sebabnya lecturer aku adalah coach aku, dan dia sangat baik dengan aku, dan dia dengan suka relanya buat extra class for us- volleyball team- then later dicemburui oleh seluruh budak kelas aku. azma adik kesayangan cik azrina- perli nasa.
then bila dapat result sem 2, aku juz dapat 3.89, dan pada masa itu dalam tahun 2004, terlalu ramai 4 flat, dan mustahil untuk aku dapat tempat untuk medic. and i ask my sisters- nak ambik course ape, diorang dengan pasrahnya cakap, ikut kak la. buat kali pertama aku rasa kemenangan di pihak aku. huhu. dan aku mula mengisi, tapi disebabkan aku dah ambik bio, so pilihan tak banyak. agak mustahil untuk aku ambik engineering lagi, sedangkan aku dah setahun tak menyentuh buku fizik. so aku isi la, itu dan ini- mostly berkaitan dengan bio- cuma 2 jek yang bukan.chemical engineering dan biomedical engineering- ada jugak bio-nya. dan akhirnya, berjuanglah aku di biomed engine department, sebagai seorang bakal engineer, yang tersesat belajar bio semasa zaman matriknya..
pilihan yang telah dibuat bukanlah sesuatu untuk disesalkan, cuma sebagai panduan jika aku tersepit sekali lagi.
dan kini, bila terpaksa membuat pilihan lagi, mungkin aku terkorban lagi.

Entries (RSS)