Archive for February, 2009

dah terlalu lama aku tak mengarang. atau mengeluarkan buah fikir kreatif. tak kisahlah sajak ke, cerpen ke, ataupun pantun. macam tak ada masa untuk buat semua tu. dulu aku akan spent masa satu jam sehari untuk benda-benda tu, at least. sekurang-kurangnya akan buat aku berfikir, dan hilang ke dunia lain.

tapi sekarang masa seolah-olah terlalu suntuk. sehinggakan diari aku kosong untuk bulan 2 ini. jadual INSEP memang terlalu pack, ditambah lagi dengan aktiviti sendiri, memang jarang ada masa untuk buat semua tu. aku harap bila dah start praktikal nanti jadual hidup aku akan kembali normal. at least aku akan ada masa untuk diri sendiri.

kesibukan yang terlalu tidaklah begitu baik. masa rehat pun tidak tenang, dan akibatnya selalu keletihan. apatah lagi sekarang aku tidak bersukan, so stamina sangatlah teruk. mujurlah aku masih selamat dari serangan virus demam dan selsema. alhamdulillah, selama empat bulan aku di sini, tidak sekali pun aku demam, selsema atau pun batuk walaupun udara dan air di sini tidak terlalu bagus. walaupun kawasan kampung, tapi di sebelah kolej dan sebelah uthm sendiri ada kilang. dan pendek kata memang sepanjang jalan dari kolej ke uthm hanyalah kilang. dan kawasan uthm sendiri under construction. bila tiba hari panas, udara begitu kelam dengan habuk.

air di kawasan parit raja pulak memang jarang yang betul-betul bersih. tengok kepada parit disebelah perwira sudah tahu kesimpulannya. dan anehnya, kebanyakan kedai makan di parit raja adalah di sebelah parit. parit raja memang sesungguhnya raja parit. mujurlah parit di depan uthm bersih airnya. walaupun dalam uthm sendiri tetap hitam air yang mengalir!

dan sebenarnya ada satu yang tak tercapai- nak tengok rumah orphan budak binaan. faris tipu! cakap nak bawak, tak bawak-bawak lagi!

dan esok, aku dah nak balik. sampai jumpa lagi uthm, dan warganya…

Comments 4 Comments »

semalam masa tengah prepare nak present, dan duk dengar gee present pasal lie detectornya, baru aku sedar, ada 2 misscall, dari abe a. malas nak call back, aku hanya mesej, kenapa?

then seminit dua, abe a reply, berita gembira. kak dapat praktikal kat radicare kota bharu. hari ni orang HQ akan buat surat, maybe esok dia akan hantar.

gosh!

aku tunjuk mesej tu kat salina. memang aku sangat happy. sebab aku dah berjuang habis-habisan di saat-saat akhir, dan akhirnya aku berjaya jugak. tak tahu kenapa, tapi kali ni eager aku memang untuk praktikal kat kelantan. even ras bersalah gak bila produktif kualiti call aku offer tempat praktikal hari tu, dan aku boleh ter’bagi’ jawapan bangang, saya tengah tunggu radicare ni. dan aku tak call balik pun produktif kualiti. nanti la aku call. or mungkin puan mazita dah call kut.

pastu dah abes present semalam, budak-budak kelas ajak keluar. memandangkan puan ida dah bagi kebenaran hantar report hari jumaat, so apa lagi. grab the chance la.

selama ni masa banyak dihabiskan di lab jek. xde masa nak hang out macam course2 lain. inilah nasib jadi budak medical electronic. huhu

next….?

Comments 1 Comment »

pagi tadi, saat membuka blog prof wan, aku terkejut bila yahoo cakap ‘domain not found’. pelik jugka aku, setelah sekian lama aku duk bukak blog tu, tetiba hari ni domain not found. macam-macam perkara timbul. mungkinkah prof wan telah menutup esastera. mungkin juga server uthm tak bagi aku bukak blog profesor um. mungkin jugak prof wan lupa nak membayar yuran tahunan domain tersebut?

nanti petang petang sikit lah aku bukak balik.

Comments 2 Comments »

semalam dapat pulse jek, hari ni dapat PQRST waveform. memang perkembangan yang buat aku sangat happy. even sepuluh kali test pun result tetap sama. so aku confident resultnya memang macam tu. gain pun memang seribu, macam teori.

then try test kat human body. waveform tetap sama, cuma gain tinggi sikit. 1400. mungkin human body impedance dia tinggi. so aku tetap consider result tu as ok. en zul pun cakap boleh diterima lah.

so dengan suka hatinya record la seberapa banyak graf, in case (IN CASE) tetiba waveform tu tak muncul.  tengah duk surf pasal data sheet, jeff bagi kotak. then aku terus buat casing. mengikut design aku sendiri. dan design siap…

TETAPI…

masa nak kemaskan casing tu, aku ‘terpusing’ dia punya potentiometer. gosh! aku dah mula risau. sally cakap cuba test balik. then kitorang test…

RESULTNYA…

gain tersebut jadi 300 jek.. sangat frust…

en zul cakap, sambung besok..

aku terus test.. dan 200 lebih…

en zul cakap lagi, balik, balik..

aku try adjust potentiometer… gain tak berubah..

en zul cakap, besok buat lagi…

aku berhenti.. besok sambung.. moga2 dapat waveform yang betul.. amin.

Comments 1 Comment »

walaupun hari ni hari sabtu, aku nak pergi lab jugak, menyiapkan litar yang masih tak siap. semalam pun balik pukul 10 lebih, asalnya pergi ayer hitam, then pastu makan jap, borak-borak (memandangkan dah lebih seminggu aku tak jumpa lan dengan faris, banyak betul yang nak dicakapkan-huhu).  balik bilik, terus mandi, solat isyak, then terus bukak laptop. bukak balik file-file yang aku download siang tadi, tapi tak sempat nak bukak.

litar kat atas bread board dah ok (sikit), cuma kat atas strip board langsung tak function. jadi aku dan sally nak berusaha supaya at least jadilah yang macam kat bread board, walaupun waveform ECG sebenar tak muncul-muncul

our circuit.. berterabur nak mati.. haha

our circuit.. berterabur nak mati.. haha

we got this..

we got this..

sama tak dengan yang ni? haha

sama tak dengan yang ni? haha

tak kisahlah pape pun..

jadi dalam kesibukan membaca tentang ECG, aku terlupa yang jam 12.00 telah berlalu. sedar-sedar, sudah hampir pukul satu, dan aku rasa bersalah teramat. rasa bersalah dengan diri sendiri. supposely aku buat satu phone call, give a birthday wish to someone, but then pukul satu aku rasa dah terlalu lewat. so i decide to go to bed. dan tido!

dan pagi ini, barulah aku wish.. huhu..

HAPPY BIRTHDAY FAKHRI…

di tengah kehijauan alam..bekok

di tengah kehijauan alam..bekok

Comments No Comments »

hari ini adalah 01.02.09. hari wilayah. so sebab aku hanya duduk dekat dengan wilayah pembangunan iskandar, jauh sekali dari wilayah prsekutuan kuala lumpur, so sok kelas akan tetap berjalan macam biasa. to be spesific, final project!

semalam (kelmarin~bahasa orang kampung aku) adalah 31.01.09. yang aku ingat pada tarikh itu adalah birthday ayu dan dayah. tapi dua2 aku tak wish, sebab nombor dah hilang. btw, happy birthday my frens!

kelmarin (kelmarin dulu ~ bahasa orang kampung kau) adalah 30.01.09, adalah ulang tahun yang ke 24 aku dilahirkan. 24 tahun dulu, dalam tahun 1985, adalah hari mak aku menanggung kesakitan yang teramat, dan hari bermulanya aku sebagai khalifah Allah di muka bumi, dan bermulanya hidup aku dalam inkubator selama seminggu. selepas 24 tahun- begitu banyak yang berubah. aku tidak lagi hidup dalam inkubator, aku tidak lagi sekecil dulu, dan yang paling besar perubahannya, emak yang melahirkan aku sudah tiada bersama aku. dan yang lagi besar~ amanah Allah selama 24 tahun yang aku pegang~ banyak yang tak tertunai!

dan aku ingin berterima kasih kepada sesiapa saja yang wish, by sms, phone call, atau apa-apa saja. dan sangat2 minta maaf kepada sesiapa yang wish to 012929… if aku tak reply mesej.. what happened is.. aku dah reply mesej sume oran, but then tak tahu la apa masalahnya, the next morning, aku check sent items~ gosh! sebegitu banyak mesej yang pending! sorry sangat2 guys! tapi yang send to 012247.. rasanya sume aku reply…

and a special thanks to:

~azah, jai, wani, ayat, lan, nuar, man, faris, n fakhri for the celebration.. dan sorry fakhri, lan, faris, jai, sebab tak answer call.. betul2 rasa bersalah..

~tim for the call.. tepat2 pukul 12.01.. hope our friendship remains forever.. dan kenangan 4 taun di um dan 2nd terlalu indah untuk dilupakan, especially our final year..

~kawan2 biomed ~ almas, biah, arip, kimi, apai, masma, sofi, apai, saadah, sya2, syera..

~kawan2 2nd ~ asrul, jimmy, hafni..

~kawan2 4hayat9, kmns,

~dan jugak kawan2 insep…..

dan actually, ada tiga wish yang aku tunggu sangat2.. (jahatnya aku).. haha.. seorang akhirnya ada jugak. seorang lupa kut, seorang lagi memang sampai mati pun tak akan ada i think…

dan ini adalah post yang ke 100- azo_da_red_epal!

Comments 5 Comments »