dah terlalu lama aku tak mengarang. atau mengeluarkan buah fikir kreatif. tak kisahlah sajak ke, cerpen ke, ataupun pantun. macam tak ada masa untuk buat semua tu. dulu aku akan spent masa satu jam sehari untuk benda-benda tu, at least. sekurang-kurangnya akan buat aku berfikir, dan hilang ke dunia lain.
tapi sekarang masa seolah-olah terlalu suntuk. sehinggakan diari aku kosong untuk bulan 2 ini. jadual INSEP memang terlalu pack, ditambah lagi dengan aktiviti sendiri, memang jarang ada masa untuk buat semua tu. aku harap bila dah start praktikal nanti jadual hidup aku akan kembali normal. at least aku akan ada masa untuk diri sendiri.
kesibukan yang terlalu tidaklah begitu baik. masa rehat pun tidak tenang, dan akibatnya selalu keletihan. apatah lagi sekarang aku tidak bersukan, so stamina sangatlah teruk. mujurlah aku masih selamat dari serangan virus demam dan selsema. alhamdulillah, selama empat bulan aku di sini, tidak sekali pun aku demam, selsema atau pun batuk walaupun udara dan air di sini tidak terlalu bagus. walaupun kawasan kampung, tapi di sebelah kolej dan sebelah uthm sendiri ada kilang. dan pendek kata memang sepanjang jalan dari kolej ke uthm hanyalah kilang. dan kawasan uthm sendiri under construction. bila tiba hari panas, udara begitu kelam dengan habuk.
air di kawasan parit raja pulak memang jarang yang betul-betul bersih. tengok kepada parit disebelah perwira sudah tahu kesimpulannya. dan anehnya, kebanyakan kedai makan di parit raja adalah di sebelah parit. parit raja memang sesungguhnya raja parit. mujurlah parit di depan uthm bersih airnya. walaupun dalam uthm sendiri tetap hitam air yang mengalir!
dan sebenarnya ada satu yang tak tercapai- nak tengok rumah orphan budak binaan. faris tipu! cakap nak bawak, tak bawak-bawak lagi!
dan esok, aku dah nak balik. sampai jumpa lagi uthm, dan warganya…
Entries (RSS)
faris pun tipu aku..dah dua kali aku datang b.phat dia tak bawak jugak..alasan dah malam nanti ada suspecious..hahaha
k0rang wat aku gelak sorang2…=p
hmm..actly,aku pon sedih ati jgk coz xdpt nk tunaikn impian korg 2….
whtevr pn,azma da tgk kan model rumah yg aku n my classmate bt tue…
s0,ok jgk kan..??hehe…
biah…nnt aku tunjok gambo uma 2 kt ko ea…=D
mana aci faris.. tak kira ar setakat model tu.. aku nak tengok yg betul.. huhu
faris tipu lagi..sekang ni dia nak ajak jumpa dulu baru dia nk bg aku hadiah pulak..ceh..heheehe