Setiap hari semasa pulang dari kerja, aku termenung sepanjang jalan dari Kota Bharu ke Sabak. Segalanya bersimpang siur bercampur gaul dalam kepala. Cerita-cerita dan kisah semasa di UM, dan berpanjangan hingga ke kisah INSEP, dan Radibems sekali sekala. Apabila semasa di dalam bas, bermacam-macam cerita mengalir laju dalam kepala, tapi bila sampai di rumah semuanya hilang dalam jerit ketawa dan tangisan zaim, dina dan zimam. Langsung tak sempat nak bukak laptop, apatah lagi menulis dan sewaktu zaman belajar dahulu.

 

Dua tiga hari ni aku agak tidak tenang, dua tiga minggu kebelakangan ini setepatnya. Apabila sendirian, aku lebih banyak termenung tanpa aku sedari. Bila ditegur, barulah aku kembali ke dunia nyata. Memikirkan pasal kerja (future work, not this training), hidup, dan masa depan yang kadang kala begitu meresahkan. Bagaimana untuk aku zahirkan, aku tidak tahu. Dan aku tidak jumpa sesiapa yang boleh aku luahkan apa yang terpendam. Cukuplah sekadar untuk meluahkan. Tapi aku tak jumpa sesiapa.

 

Sometimes aku nak mengalirkan air mata untuk melepaskan segalanya, tapi tetap tak mengalir dan tak lepas. Mungkin sekarang aku jadi makin pendiam. Hampair kembali seperti dahulu. Tapi sejeujurnya aku benci aku yang pendiam, sebab ke’diam’an aku membuatkan aku semakin sedih dan menyendiri, di saat yang sepatutnya aku menonjolkan diri.

 

Zaman kanak-kanak.. kita merasa dengan tangan dan kaki. Sampai luka-luka bila tersandung dan jatuh. Kini sudah remaja, kita merasa pula dengan akal dan hati pula. Sering luka-luka juga kalau tersungkur dalam perjalanan. Kelak kalau dewasa bagaimana pula? (Memeluk gerhana- Isa Kamari). Semasa kecil, kita merasa dengan tangan dan kaki, dan aku sering luka lutut dan tangan jika terjatuh ketika berlari. Zaman remaja, dan keremajaan yang menghampiri kedewasaan, aku terluka parah hati dan perasaan. Dan aku bangkit. Dan aku jatuh lagi. Dan bangkit lagi. Dan sekarang, aku keliru antara stage remaja dan dewasa. Antara kebebasan membuat pilihan sendiri dan ditentukan perjalanan hidup. Antara memori dan impian. Antara angan-angan dan cita-cita. Sebetulnya aku keliru.

 

Aku sering ditentukan rencana hidup, dan kebanyakannya aku sesali. Aku juga sering membuat keputusan sendiri. Adakala aku tewas. Adakala aku berjaya. Tapi itu keputusan aku sendiri. Dan aku akan bertanggungjawab atas apa jua risiko. Dan setakat ini aku gembira.

 

Aku harapkan mendung yang menyelubungi akan berarak jua.

 

One Response to “merenung sedetik yang berlalu”
  1. azma,
    betul tu..
    diam n menyendiri itu kdg2 membina tembok yg memisahkan kita dari org lain.wlpn kdg2 diam tu perlu utk beri ruang pd diri kita dan org lain jugak..

Leave a Reply