andai jalan hidup bercabang-cabang, aku akan ada banyak jalan untuk aku pilih. salah masuk satu cabang, aku boleh keluar untuk mencari jalan lain. andai tersalah pilih arah, masih ada arah lain yang boleh aku ikuti. tapi hidup adalah satu jalan lurus, dan sehala. kalau salah pilih, itulah jua yang akan aku lalui. walau berduri, walau berhalangan, walau melukakan dan terluka. walau pedih, tetap perlu aku tempuhi. walau berdarah, tetap perlu diteruskan.
aku tak pernah berputus asa dengan hidup kerana aku percaya, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya, sehinggalah berlaku sesuatu yang langsung aku tak jangka. sesuatu yang menyebabkan aku berada di penghujung hidup. bukan satu, malah dua, dan lebih parah, bersiri-siri. ketika itu aku rasakan aku mahu mati pada saat itu. rasa tidak percaya kepada diri yang teramat. aku percaya aku penyebab kesusahan untuk semua orang. lama aku alami keparahan itu. aku hanya mampu menangis dan menangis.
setelah mendapat tawaran untuk berhijrah ke tempat lain, aku terus terima. sejak dari saat itu, aku mula menikmati semula kehidupan. meneruskan jejak-jejak yang aku lalui, dengan pandangan berbeza. kehidupan tetap kehidupan yang sama, namun pandangan aku pada kehidupan itu yang membezakan. semakin hari semakin berwarna ceria. tapi yang telah melukakan, tetap aku rasa pedihnya.
sehinggalah penghujung tahun 2008, aku bertemu seseorang yang sangat berbeza dari kawan aku yang sedia ada. sangat berbeza dari segala segi. namun kawan yang berbeza inilah yang mengajar aku, siapa itu kawan yang sebenarnya. dari pelbagi sudut, aku dan dia terbeza 180 darjah. dia di utara, aku di selatan. begitulah ibaratnya. tapi seolah-olah ada suatu tarikan untuk aku mengenali dia. pandangannya meluas. perjalanannya jauh. hampir seluruh eropah sudah diteroka. inilah andrea hirata versi kawanku.
kawanku yang tidak pernah aku kenali inilah yang selalu berada bersamaku, terutama disaat aku berkecamuk. whenever u need me, just give me a misscall, then i’ll call u. kawanku yang terbeza 180 darjah ini membuka pandanganku yang sempit ini. kenapa u nak menangis untuk yang dah pergi. for sure u boleh menangis, tapi apa yang u dapat? kadang-kadang aku sangat marah dengan percakapan seorang kawanku ini. tapi lama kemudian bila aku fikirkan, kata-katanya tetap betul. sebab itulah pada umurnya yang dikatakan belum mencapai tahap kematangan lelaki, dia boleh kukatakan sudah berada di puncak kerjayanya. kerana dia begitu optimis. kerana dia begitu realistik. dan aku sering mengimpikan untuk menjadi seoptimis dan serealistik kawanku ini.
kawanku ini juga sangat yakin diri. sangat percaya dengan kebolehan dirinya. i’m very good person and i’m very gentleman. u dont need to shy with me. i anggap u kawan baik so kita kena jujur antara satu sama lain. dia juga cakap, u must trust me coz i never lie. kalau sekali kita berbohong, kita terpaksa berbohong sepuluh kali lagi untuk menutup kebohongan itu, and finally u will end up dengan bohong juga. kata-katanya yang satu ini tak pernah aku lupa.
tak ada walau sekecil hal pun yang berlaku secara kebetulan. itu falsafah harun yahya yang selalu aku ingat. aku dipertemu dengannya juga bukan satu kebetulan.