aku mempunyai hobi baru. sebetulnya hobi lama yang diperbaharui.
masa matrik dulu setiap bulan aku beli majalah massa, minda dan majalah seumpamanya. mingguan malaysia jarang missed. buku-buku yang aku baca karya napoleon hill, stephen covey, dale carnergie. jarang sekali novel-novel yang takbermutu. sebab masa tu yang ada kat library semuanya novel bagus walaupun tak banyak.
bila masuk UM, aku hanyut dalam segala macam projek kolej sehingga aku jadi orang yang kurang membaca. masa terluang hanya sempat untuk study buku pelajaran. aku mula belaja pegi library masa tahun tiga. masa tu dah kurang sikit segala macam aktiviti yang banyak mencuri masa aku, jadi aku mula meminjam novel-novel sastera yang sangat banyak. nak meminjam buku-buku falsafah dan seumpamanya. aku takut tak terbaca. dan membaca buku-buku yang berat isi kandungannya, mungkin tak membantu.
sekian lama, sehinggalah ke UTHM, aku lebih suka membaca novel. ringan. dan santai. sesetengahnya.
masa praktikal kat HRPZ, petang-petang aku selalu singgah kat kedai buku. aku sempat beli satu buku- yang sekian lama aku cari- Falsafah Hidup karya hamka. aku terdorong untuk cari buku ni setelah baca buku isa kamari, memeluk gerhana. tapi sampai sekarang aku masih tak habiskan. sungguh aku rasa bersalah dengan buku itu.
dan sebelum raya hari tu, aku ke MPH Mid valley sementara menunggu kawan, jumpalah satu buku~ Sophie’s World~ yang sudah diterjemah ke bahasa melayu. aku pernah jumpa buku ni kat Library UM dulu, tapi aku tak pinjam. aku tahu buku ini menarik, tapi aku malas nak baca time tu. harganya boleh tahan, tapi aku beli jugak, takut-takut suatu hari aku akan menyesal sebab tak beli.
bukunya sepenuhnya pasal falsafah, membongkar rahsia-rahsia yang aku tak pernah terfikir, walaupun benda yang sangat ringkas ~ dan berlaku di sekeliling kita. bahasanya mudah, ringkas, dan contohnya jelas (walaupun sampai sekarang aku masih tak faham kenapa kita tahu kuda itu adalah kuda).
Falsafahnya bermula dari asas kejadian, masuk ke zaman gelap, zaman pertengahan dan aku tahu tahu yang seterusnya sebab aku baru sampai ke bab itu. dari buku tu jugak aku kenal ramai tokoh sejarah, tokoh falsafah dari zaman sebelum Socrates lagi.
aku rasa sangat berbaloi laburkan sedikit untuk buku~ sebab nilainya tak terkira.
Entries (RSS)