walaupun hari ni hari sabtu, aku nak pergi lab jugak, menyiapkan litar yang masih tak siap. semalam pun balik pukul 10 lebih, asalnya pergi ayer hitam, then pastu makan jap, borak-borak (memandangkan dah lebih seminggu aku tak jumpa lan dengan faris, banyak betul yang nak dicakapkan-huhu).  balik bilik, terus mandi, solat isyak, then terus bukak laptop. bukak balik file-file yang aku download siang tadi, tapi tak sempat nak bukak.

litar kat atas bread board dah ok (sikit), cuma kat atas strip board langsung tak function. jadi aku dan sally nak berusaha supaya at least jadilah yang macam kat bread board, walaupun waveform ECG sebenar tak muncul-muncul

our circuit.. berterabur nak mati.. haha

our circuit.. berterabur nak mati.. haha

we got this..

we got this..

sama tak dengan yang ni? haha

sama tak dengan yang ni? haha

tak kisahlah pape pun..

jadi dalam kesibukan membaca tentang ECG, aku terlupa yang jam 12.00 telah berlalu. sedar-sedar, sudah hampir pukul satu, dan aku rasa bersalah teramat. rasa bersalah dengan diri sendiri. supposely aku buat satu phone call, give a birthday wish to someone, but then pukul satu aku rasa dah terlalu lewat. so i decide to go to bed. dan tido!

dan pagi ini, barulah aku wish.. huhu..

HAPPY BIRTHDAY FAKHRI…

di tengah kehijauan alam..bekok

di tengah kehijauan alam..bekok

Comments No Comments »

hari ini adalah 01.02.09. hari wilayah. so sebab aku hanya duduk dekat dengan wilayah pembangunan iskandar, jauh sekali dari wilayah prsekutuan kuala lumpur, so sok kelas akan tetap berjalan macam biasa. to be spesific, final project!

semalam (kelmarin~bahasa orang kampung aku) adalah 31.01.09. yang aku ingat pada tarikh itu adalah birthday ayu dan dayah. tapi dua2 aku tak wish, sebab nombor dah hilang. btw, happy birthday my frens!

kelmarin (kelmarin dulu ~ bahasa orang kampung kau) adalah 30.01.09, adalah ulang tahun yang ke 24 aku dilahirkan. 24 tahun dulu, dalam tahun 1985, adalah hari mak aku menanggung kesakitan yang teramat, dan hari bermulanya aku sebagai khalifah Allah di muka bumi, dan bermulanya hidup aku dalam inkubator selama seminggu. selepas 24 tahun- begitu banyak yang berubah. aku tidak lagi hidup dalam inkubator, aku tidak lagi sekecil dulu, dan yang paling besar perubahannya, emak yang melahirkan aku sudah tiada bersama aku. dan yang lagi besar~ amanah Allah selama 24 tahun yang aku pegang~ banyak yang tak tertunai!

dan aku ingin berterima kasih kepada sesiapa saja yang wish, by sms, phone call, atau apa-apa saja. dan sangat2 minta maaf kepada sesiapa yang wish to 012929… if aku tak reply mesej.. what happened is.. aku dah reply mesej sume oran, but then tak tahu la apa masalahnya, the next morning, aku check sent items~ gosh! sebegitu banyak mesej yang pending! sorry sangat2 guys! tapi yang send to 012247.. rasanya sume aku reply…

and a special thanks to:

~azah, jai, wani, ayat, lan, nuar, man, faris, n fakhri for the celebration.. dan sorry fakhri, lan, faris, jai, sebab tak answer call.. betul2 rasa bersalah..

~tim for the call.. tepat2 pukul 12.01.. hope our friendship remains forever.. dan kenangan 4 taun di um dan 2nd terlalu indah untuk dilupakan, especially our final year..

~kawan2 biomed ~ almas, biah, arip, kimi, apai, masma, sofi, apai, saadah, sya2, syera..

~kawan2 2nd ~ asrul, jimmy, hafni..

~kawan2 4hayat9, kmns,

~dan jugak kawan2 insep…..

dan actually, ada tiga wish yang aku tunggu sangat2.. (jahatnya aku).. haha.. seorang akhirnya ada jugak. seorang lupa kut, seorang lagi memang sampai mati pun tak akan ada i think…

dan ini adalah post yang ke 100- azo_da_red_epal!

Comments 5 Comments »

baru habis interview. mock interview actually. cam lawak gak. huhu. actually aku tak pernah menghadiri sebarang interview. sebarang! seumur hidup aku. i mean job interview la. kalau setakat interview KKAA tu tiap-tiap tahun pernah. haha

dan dari komen yang diberikan interviewer, banyak gak yang kena improve. dan for sure banyak gak yang membina. hehe. n i really appreciate that.

even though ramai yang dah balik ke kampung dan aku masih di sini, it doesnt matter. yang penting aku buat apa yang aku nak buat.

dan semalam, aku belajar satu lagi benda baru.

wise people give their heart to the others

dan aku nak berikan hati aku kepada semua orang, supaya andai esok aku tiada lagi, sekurang-kurangnya ‘hati’ aku hidup dalam jiwa yang lain. itulah harapanku. doesnt matter aku dapat balik ke tak. itu tak penting.

Comments No Comments »

Ini adalah siri ceramah seterusnya rentetan dari topik seminar di Savannah Hill. Haha. Bukanlah, hanya untuk review diri sendiri. Time is action. Benar dan sememangnya benar. Dan bila Mr Sharif tanya, what is the time now, semua orang boleh jawab, walau bermacam-macam time yang keluar. Dan bila dia tanya, what is time, dari suasana yang sangat chaotic, tiba-tiba menjadi sesepi tanah perkuburan. Dan aku sendiri terfikir, do I ever ask my self that question? NO! memang tidak pernah, dan aku tidak tahu untuk menjawab. Then dia tanya, who want to manage the time? Ramai orang angkat tangan. Hampir semua angkat tangan. Aku pun. Tapi bila dia tanya, who can manage the time? And how to manage the time. Semua orang kaku dan bisu lagi. You don’t know what is time, so how can u manage the time?

 

Selama aku hidup, banyak masa yang berlalu dengan sia-sia. Selama aku bergelar seorang pelajar, banyak masa yang berlalu terisi dengan perkara yang tak sepatutnya. Banyak perkara yang tak terlaksana sebab aku suka melengah-lengahkan masa, sebab aku suka buat perkara yang tak penting, sebab aku suka mementingkan benda yang kecil dari benda yang besar. Antara bola golf, guli, pasir dan kopi, kadang-kadang aku lebih suka memasukkan pasir dulu.

 

Selama kem tersebut, sedikit demi sedikit aku belajar menilai diri. Dan juga memahami orang sekeliling aku. Cara kita present diri kita adalah cara terpenting untuk orang judge kita. Agak tidak adil mungkin, untuk menilai orang dari first impression kita, tapi kebanyakannya itulah yang betul. Jadi cara untuk kita tampilkan diri kita sangat penting. Siapa kita? Bolehkah orang percaya dengan kita? I trust u or I don’t trust u. Semuanya terpancar dari mata kita. The beauty lies in the eyes of the beholder. Itu kata-kata yang Fizzie bagi aku masa matrik dulu.

 

Angsa berdansa itik menari,

Ada masa aku tulis lagi.

 

 

 

Comments No Comments »

 

Aku baru balik dari smart team di Savannah Hill, ulu tiram. Secara keseluruhannya aku lebih suka kem ni lebih dari Sekakap dulu. Kali ini we were treated ‘lebih dewasa’, bukannya macam sekakap dulu. Diarah itu dan ini, dan aku tidak suka itu.

 

Secara jujur, banyak perkara yang membuka minda aku melalui LDK dan ceramah. Dan ketika orang lain memilih kawan sendiri untuk menjadi ‘buddy’, aku lebih selesa memilih ‘orang lain’, yang aku tidak kenal dan tidak pernah tahu peribadinya. Bukan aku tidak suka kawan-kawan aku. Tidak. Tidak sama sekali. Tapi aku tidak mahu berada dalam kepompong yang menyebabkan aku terkurung, tidak boleh berkembang sebebasnya. Sudahlah dalam kumpulan aku hanyalah orang-orang yang semunya sudah aku kenal, kecuali seorang. Yang lainnya, sudah aku kenal rapat, setidak-tidaknya kenal namanya. Jadi first target aku- mengenali orang-orang baru- sudah tidak tercapai.

 

Pengisian ceramahnya pula menarik perhatian aku. Dan biasanya, selepas sesuatu slot - find your buddy, and express your feelings. Dan aku mencarilah ke sana ke mari buddy aku- hadi. (and hadi thanks for being my buddy).

 

Memang rasa sangat relief bila meluahkan sesuatu. Dan di sinilah sesuatu yang paling penting aku rasa- I trust u. Kalau aku tak percaya dia, macam mana untuk aku beritahu dia impian aku yang tertinggi, rahsia aku yang terdalam,(yang tak pernah aku beritahu orang lain) kepada orang yang baru aku kenal bermula dari kem itu. Trust merupakan elemen yang sangat penting dalam membina sesuatu perhubungan.

 

Tak kisahlah walau aku diperli habis-habisan, sebab bila melakukan sesuatu- biasanya aku melakukan dengan hati yang paling dalam, bukan untuk main-main. So bila mr sharif ask, look into your buddy eyes, and I do it, dan akhirnya diperli habis-habisan. Haha… 

 

Dan bila balik kem semalam, sesuatu berlaku, dan aku rasa sangat menyesal dengan apa yang telah aku lakukan. Aku sangat-sangat menyesal dengan apa yang telah berlaku.

 

And I wonder- can I get back the trust that someone gives to me?

 

I’m sorry my friend…

Deep from my heart, I’m really sorry…

And I want to trust u, more than u trust me…

Comments 7 Comments »

entah berapa kali duk bertekak pasal dua phrase tu.. huhu

itu bukan persoalannya.. hakikatnya, budak automasi saja yang tahu..

for past 1 week, hampir setiap hari pendek kata, malam hanya bermula di kampus induk. berlatih untuk choral speaking, for this charity event. first n last time aku buat choral speaking ialah masa form five. masa tu for ko-Q (minggu kokurikulum MRSM), beside main sukan-sukan ni, every school wajib buat persembahan choral speaking. so berlatihlah kitorang choral speaking. haha. choral speaking yang pesertanya para-para atlit. tajuknya. a story about a seed. ceritanya aku suka. sangat inspiring.

secara ringkasnya, ia kisah dua seed. satunya sangat takut untuk keluar dari sarungnya, sebab nanti takut ada ancaman dari luar yang akan memusnahkannya. ia terus menghasut seed yang satu lagi supaya kekal terlindung dalam sarung tu. tapi seed yang kedua cakap, i want grow, i want to see the beauty of the world. dan dia pun mengeluarkan pucuknya. first seed akhirnya mati dimakan oleh ayam, dan 2nd seed pun berkembang menjadi menjadi pokok yang sangat megah.

dan performance semalam, berlangsung di BP Mall, anjuran student automasi industri. dan lainnya - 11 course lagi, wajib buat persembahan, dan kitorang medical electronic, decided untuk buat choral speaking- a story of maaaaaaaat rempit. related dengan medical sikit-sikit kut. hehe

yang aku paling suka- baju kitorang- walaupun macam-macam orang komen, even budak course aku sendiri. itu pandangan peribadi aku. sebab bagi aku, sangat elegan berbaju hitam bertudung merah.tak kisah lah orang lain cakap apa pun.

our performance

our performance

dan persembahannya (yang sempat aku suruh azah record walaupun tak clear), aku kira tak adalah teruk sangat, kalau pun bukan sangat hebat. yang penting we have put some efforts on it. hasilnya kadang-kadang bukan penentu kejayaan. perjalanan tu lebih penting.

dalam duk buat persembahan tu, i realize, rupanya ramai lagi budak insep yang aku tak kenal, most of them budak FPtek atau pun mechi. kalau budak FKEE dgn FKAAS hampir semua aku kenal, walaupun mungkin hanya sekadar boleh sebut, itu budak automasi, atau pun itu student lanskap. INSEP pun dah nak habis rupanya. this week charity day, next week smart team, minggu seterusnya interviewing skill, dan seterusnya penganjuran seminar untuk student FKEE. dan minggu yang seterusnya, aku mungkin sudah berada di kelantan untuk LI. sekejap saja masa berlalu.

dan sedikit masa lagi, i’m gonna miss INSEP. aku harap itu lambat lagi berlaku.

Comments 7 Comments »

hari ini hari yang kesepuluh dalam bulan januari. dan sejak bermula januari, aku fikir tidur aku jarang mendapat tidur yang lena. dan setiap kali menyemak jadual INSEP yang selalu berubah, aku diserang kerusuhan. setiap kali mengingati perkara-perkara yang berlaku, aku rusuh lagi. dan untuk melalui januari yang berbaki 21 hari lagi, aku hanya mengharapkan semuanya penuh keindahan.. huhu

masih dalam kekeliruan sebenarnya.. persoalan masih belum terjawab…

Comments 1 Comment »

Sekiranya kamu dapati dirimu
mencintai seseorang yang tidak membalas
cintamu, janganlah merasa tersisih. Tiada
salahnya mencintai seseorang kerana cinta tidak
memilih untuk singgah di hati sesiapa pun; Cuma
cinta itu tidak memilih untuk singgah di hatinya.

Quote yang aku baca di blog biah, membuat aku sedikit relief. Susah rupanya berdepan kenyataan sebegini, tapi kenyataan tetap kenyataan. Tak ada apa yang boleh menutup kenyataan. Azah told me, u better prepare, later u’ll be hurted more. Aku hanya balas, what else to be prepared, I know the fact already. Then she said, walaupun sikit mesti terasa, kan?

To be honest, hanya orang yang tak siuman yang tak akan terasa. Cuma how we cope dengan keadaan itu yang membezakan. I get used to that. Aku telah terima kenyataan tu. Tapi perasaan is something that sangat-sangat tak tahu nak diungkap. Sangat-sangat susah nak jelaskan dalam ayat. Mengenalinya suatu kesilapan? No! aku tak pernah anggap apa-apa yang berlaku suatu kesilapan. Ia berlaku sebab God meant it to be happened.

So aku anggap apa yang berlaku is a process of life.

Aku pernah menganggapnya utopia, aku juga anggap ia mimpi, namun kadang-kadang ia menjadi realiti. Dan aku, tak pernah letih bermimpi, memburu utopia dalam realiti. Kenyataannya, perit sekali.

Walaupun pedih untuk aku terima, aku tetap tahu itu yang perlu aku hadapi. Biarlah, biarlah ia pergi. Andai ia bukan dicipta untukku.

Aku kelelahan. Lelah. Cukup lelah.

Comments 3 Comments »

Tahun silih berganti. Dan umur juga kian berganjak. Kubur juga semakin dekat. Sedar atau tidak, sudah hampir 24 tahun aku bernafas di muka bumi. Dan sepanjang 23 tahun aku hidup, banyak yang telah aku lalui, banyak yang aku berjaya gapai, banyak juga yang aku terpaksa lepaskan, tak kurang yang aku dapat, seperti banyaknya kegagalan yang aku hadapi.

Tahun 2008 banyak meninggalkan kenangan yang tak mungkin aku lupakan. Yang pahit dan yang manis. Yang masam dan yang masin. Semuanya aku simpan kemas dalam diari hidupku, baik dalam file dalam laptop, dalam diari, dalam buku catatan, dalam blog, atau pun sekadar dalam ingatan. Sering aku dipersenda, ‘zaman ni ada lagi orang tulis diari?’, ataupun ‘orang yang tulis diari ni biasanya jiwang karat.’ Aku tak pernah kisah apa pun komen orang, apa pun tanggapan orang. Aku terus menulis dan menulis. Di mana-mana sahaja, bila-bila aku rasa perlu. Diari atau pun jurnal harian aku tempat aku muhasabah diri, tempat aku meluah rasa, tempat aku mencurah idea, dan tempat untuk aku mengubat luka. Semuanya tercatat di situ.

Selasa hari tu bila ke UM aku mencuri kesempatan untuk menjenguk dr azuan, lecturer yang aku kira banyak menghutangkan budinya pada aku. Aku bawa bersama sedikit buah tangan dari kelantan, sebagai ingatan untuk budinya yang tak mungkin dapat aku balas. Aku memang pergi ke jabatan tanpa membuat apa-apa temujanji. Nasib aku baik, ada lah dia, kalau tak baik tak adalah. Mujurlah ketika sampai di jabatan dr azuan sedang sibuk di pejabat bersama dr fatimah, mengatur pindaan jadual untuk semester 2 yang baru bermula hari itu. Aku hanya berdiri di situ, menunggu keluangan masanya, dan selepas lebih 15 minit, barulah dr azuan menggamitku.

Bertanya itu dan ini, dan akhirnya aku membuka mulut, ‘Dr, saya kat kuittho sekarang, dan saya tak ambik master tu.’

Sedikit terkejut, dia bertanya, ‘Oh yeke. So u tak daftar lah?’.

Aku menggeleng.

‘Sayangnya..’

Dalam suara itu. dan aku tahu dr azuan kecewa.

‘Actually saya yang recommend nama u..’

Aku kegelisahan.

‘Saya ada buat surat untuk sokong u… dan dua orang lagi. Kalau tak silap kawan u jugak. Ya lah, UM sekarang sangat ketat nak masuk.’

Aku kerusuhan.

Sungguh, aku rasa sangat bersalah. Sangat-sangat bersalah pada dr azuan. Diam-diam aku menanam azam dalam diri.

Banyak yang aku targetkan untuk tahun 2009. Dan aku harapkan banyak juga yang dapat aku capai. To begin the new ending. A brighter ending..

Bermimpilah, Tuhan akan memeluk mimpimu.

Comments 3 Comments »

Pemergian ibu dan kehilangan cinta pertama dalam masa yang hampir serentak merentap keyakinanku bukan sedikit, di saat aku mengalami peralihan alam remajaku kepada dunia yang lebih dewasa. Aku kehilangan cinta di saat aku ingin menghadapi peperiksaan akhir dan emak berpindah ke alam barzakh dua hari selepas aku menghabiskan kertas peperiksaan terakhirku di universiti,belum pun sempat aku membentangkan projek tahun akhir. Dalam peralihan antara dua alam ini, aku disentap dengan perkara-perkara yang meruntuhkan keyakinanku sekali gus, tanpa meninggalkan sedikit pun sisa.

Zaman kanak-kanak.. kita merasa dengan tangan dan kaki. Sampai luka-luka bila tersandung dan jatuh. Kini sudah remaja, kita merasa pula dengan akal dan hati pula. Sering luka-luka juga kalau tersungkur dalam perjalanan. Kelak kalau dewasa bagaimana pula?’ Kata-kata tersebut yang kupetik dari kulit belakang novel Memeluk Gerhana karya Isa Kamari begitu mengesankan aku.

Zaman kanak-kanak, kebanyakan dari kita melaluinya dengan penuh kegembiraan. Tiada apa untuk difikirkan. Tiada apa untuk dihiraukan dan tiada apa yang perlu dititikberatkan. Kita hidup dalam dunia kita. Kita gembira dengan apa yang dilakukan. Dan kita lakukan apa saja untuk buatkan kita gembira. Zaman kanak-kanakku, walaupun aku tidak mengingati secara tepat, namun aku tahu segalanya berlangsung begitu saja. Tidak perlu memikirkan apaitu kesusahan. Tidak memikirkan perasaan orang lain, dan tidak perlu tahu apa itu kehidupan.

Zaman kanak-kanak, kita terkurung oleh sistem yang membuatkan kita rasa begitu selamat. Ancaman kiri kanan tidak mampu menggugah. Zon selesa yang melingkari menyebabkan kadang kala kita lupa bahawa ancaman sentiasa menanti tatkala melangkah remaja, apatah lagi ketika dewasa.

Zaman remajaku cukup selesa. Hampir sempurna. Sebagai seorang pelajar top scorer di sekolah, aku tidak banyak menghadapi masalah untuk menguasai pelajaran. Keputusan UPSR dan PMR membuatkan emak dan ayah senyum gembira. Tawaran masuk ke sekolah berasrama juga diterima dengan tangan terbuka. Aktif dalam sukan membawa aku ke merata tempat. Penglibatan dalam persatuan juga membuatkan aku dikenali. Zaman remajaku, aku tidak merasa banyak kekurangan. Apa yang aku cita-citakan kebanyakannya tercapai. Cuma keputusan SPM kurang memuaskan aku, walaupun kakak sudah mengatakan itu sudah cukup baik. Tapi semuanya dapat aku tebus apabila melangkah ke matrikulasi. Sukan masih tetap antara keutamaan dalam hidup aku. Bagi aku semuanya mesti bergerak seiring. Akademik sahaja tidak menjamin masa depan. Hidup bukan sekadar bilik darjah yang kecil di sekolah. Hidup adalah bilik darjah yang merangkumi dunia yang sangat besar. Musuh, kawan dan lawan tidak dapat dibezakan dengan nyata.

Aku tidak mahu terlibat dengan cinta remaja, yang bagiku akan memusnahkan impian dan cita-citaku. Percintaan hanya akan berkuat kuasa setelah aku melangkah ke universiti. Aku tahu tindakan aku itu telah menjauhkan ramai kawan lelaki dari hidupku, tapi tak kurang juga yang semakin mendekati. Aku berada di zon selamat bersama kawan lelaki yang menghargai aku sebagai seorang perempuan, jadi aku tidak terlibat dengan ancaman yang akan memusnahkan hati dan perasaanku.

Cinta, yang paling aku elakkan, akhirnya cukup mengesankan hidup aku. Memang memeritkan kehilangan cinta pertama, dan lebih menderitakan bila kehilangan cinta pertama bersama pemergian ibu tersayang. Semuanya terpaksa aku lalui dalam satu helaan nafas, yang menumpahkan air mata yang bukan sedikit. Cabaran demi cabaran, dugaan silih berganti, semua itu membuatkan aku melihat kehidupan dari sisi lain. Selama ini aku cukup berbahagia, sehingga aku kadang-kadang lupa dunia yang sebelah lagi mempunyai sifat yang sebaliknya. Apabila diuji barulah kita terdongak ke atas, melihat yang lebih berkuasa daripada kita yang begitu kerdil sebenarnya.

Pemergian ibu mengubah hidupku bukan sedikit. Selama ini aku cukup kental dengan tangisan. Susah untuk aku mengalirkan air mata. Tetapi selepas aku kehilangan ibu, air mata adalah peneman yang paling setia. Hampir setiap hari aku menangis. Kadang-kadang aku tidak tahu untuk apa tangisan itu. tapi tangisan itu sajalah yang melegakan aku. Selepas menangis barulah aku mempuanyai kekuatan untuk melakukan sesuatu. Seolah-olah ku telah melepaskan beban yang teramat berat.

Namun aku bersyukur kepada di saat kejatuhan dan keparahan itu, aku masih berjaya menamatkan pengajian dan bergelar graduan, walau jauh di sudut hati, masih banyak yang tidak tertebus. Kekuatan yang dikurniakan Allah untuk menghadapi saat-saat sebegitu kadang kala sukar untuk dijelaskan dalam ayat. Tapi itulah kebesaran-Nya yang tak perlu kita pertikai, asalkan kita mahu merendahkan diri mengangkat tangan memohon.

Kitaran hidup kita akan berterusan hingga nafas yang terakhir. Mahu atau tidak, kita terpaksa berada dalam kitaran tersebut, ada masanya berlaku seperti kita rancangkan, namun ada juga yang di luar jangkaan. Dari kecil sekecil tapak tangan terbaring di dalam incubator, pandai bertatih dan berjalan, tahu bercakap dan membaca, sehinggalah sekarang tinggi 1.58 meter dan memperoleh segulung ijazah, metamorfosis seorang aku akan berterusan. Rela atau tidak, aku harus keluar dari kepompong yang selama ini selamat melingkari diri, menjadi ulat hijau tertedah kepada bahaya si burung dan ayam, dan akhirnya terbang sebebas rama-rama di angkasa! Itulah metamorfosis seorang red.E!

Comments 2 Comments »